abadikan dalam kepala sentiasa

abadikan dalam kepala sentiasa
genocide rakyat palestin

Saturday, October 22, 2011

Pengalaman Baru Berwajah Lama

Aku kini berada di pulau mutiara. Memilih peserta raja lawak musim ke 6. Aku sibuk dengan hal kerja aku namun aku ruangkan masa untuk ke sini dengan harapan dapat bekerja sambil bercuti dgn anak-anak aku adam dan amen. Kami bertolak agak lewat semalam kerana menghadiri makan malam bersama kenalan di ipoh. Setelah selesai kami memulakan perjalanan ke pulau pinang dalam jam 11 malam gitu.

Perjalanan agak merbahaya kerana hujan turun lenyai lebat sepangjang perjalanan di lebuhraya penuh misteri di sebelah utara ini. Kira-kira jam 12:30 kami sampai ke tol juru. Ah! Sebentar lagi aku akan sampai ke seberang prai dan melalui jambatan yang memendam seribu rahsia itu.

Aku hulurkan tiket tol dan pemuda yang mengambil tiket itu melihat aku seperti mengenali akan diri aku ini. Aku mula gusar. Selalunya pengalaman ini akan membuahkan hasil yang memalukan dimana wajah hensem dhamendra aku ini disalah cam oleh mereka akan bob lokman.

Beliau memerhati aku sambil menerima wang tol. 'ada show ke bang?'....'err ya' jawab aku gusar. 'tak rugi saya shif malam dapat jumpa artis ni!' beliau berseloroh....aku masih gusar. 'lama ke abg mat kat tanjung?'....haa aku lega. Beliau mengenali aku tidak confuse aku dengan bob lokman. At last!.....'mungkin 3 hari kut' aku jawab senyum lalu memasukkan gear ingin beredar. 'jumpa lagi!' kata-kata terakhr aku kepada sipolan yang mengenali aku.......'abg mat dah tak pakai serban dah ke?....kenapa sekejap pakai sekejap tidak?' beliau senyum iklas.

Aku meneruskan perjalanan kekemutan.

28 comments:

Cik Puan Nurul said...

hikhikhik..
pulak dah ayat yang last tu adakah beliau masih keliru dhamendra malaysia dengan pemandu teksi tunai itu hahahaha..
jika demikian..bertabahlah abang mat huhu

Lady Windsor said...

omakaihhh nampaknya juru tol itu masih konpius la abang mat! maafkanlah dia...

Anonymous said...

patut dia tanya 'abang mat nak pegi ceramah ke....'

Dr. Ben said...

hahaha

kirana nakia said...

Salam Abang Mat
Jangan biarkan hidup anda diselubungi bayangan misteri...........

@tune® said...

syift malam bang...ngantuk n mamai tuh..

roslaini saad said...

hahaha...nak ketawa....hahahahha...susah jadi orang popular...ada orang confuse...

Mazidul Akmal Sidik said...

Nasib baik dia tidak bertanya "Abang masih berkawan rapat dengan Namewee ke?"

Anonymous said...

mcm x caya plak ada org x kenal bang mat...pengarah tersohor tu... yg mana hasil karyanya sume masterpiece..


cempakasari

kirana nakia said...

Salam
Abang Maz...ye la...tu lagi bisa tu..huhuhuh

Angah said...

:D

Anonymous said...

tidak mampu untuk berkata apa-apa *smoile*

bofoyengfeng said...

kahkahkaka....

adanaberkat said...

ahakhaha ..bang mat tak buat cita hantu lagi ke haha

traveller said...

saborr je le......

Pijul said...

Mungkin ramai bakat2 baru yang dapat dikenal pasti. Semoga tiada yang menggunakan lawak bodoh utk menarik perhatian juri. Biar ada pembaharuan agar setiap persembahan melekat di jiwa peminat....

speckurosaklagi said...

hahaha....kawan ngan namweii lagi teruk!!!hahaha

aimaniman said...

baru jumpa blog nie.. suka baca kisah artis .. malam ni nengok la RLM .. x sabar lae.. mamat kalid = bob lokman ada iras2 ke.. kompius la.. malam ni baru mama nengok live.. tp bob lokman x der...

baduk said...

isk serius pulak semua..abang mat buat lawak je tu..macam biasa..hehe

jawa peranakan said...

kisah jurutol di tol juru..

abah khalisha said...

hehehee..seb bek btl orangnya ya

tempoyakku said...

uncle mat.
saya nak uncle komen saya.
www.tempoyakpanas.blogspot.com

Anonymous said...

ate abg xde nengok maharaja lawak mega le gamaknye ni ye?heh bukan ape pun tapi saya rase mcm maharaja sgt komen2 juri2 'profesional' yg ade kat situ...rasenye produsernye pun nak cube buat lawak juge dgn panggil org yg sgt 'releven' bg komen....ya! mmg saya bernada sinis tahap gaban pun ni...sbb tu saya dgr af10 nak panggil hamid gurkha jadi juri pulak..

labukubung said...

ehe patot la tadi isteri teman ade buat stetmen yg agak lucu masa tgk tv1 siaran lansung bolasepak mas v sin....die kate 'eh, maharaja lawak dah ade kuar kat tv1 ke?!...teman pun tgk le tv tu...rope2nye ade pengulas bola yg muke sebijik mcm juri rancangan di atas...hahahaha...lucu tahap maharaja juge lawak isteri teman tu hahahaha

Anonymous said...

Dog And Pig i mean Democratic Action Party.

sinaganaga said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAH

abahryan said...

abang bob,semalam gua turun MACC Mall demi menyahut seruan abang bob..namun walau bagaimana pun gua terkesima apabila mendapati bahawa bukan abang aflin yang menjadi juri jemputan..takdir lebih menyayangi kita shashi..bang mat,bukan kah harapan adalah jalan menuju impian..

saipul said...

tak sabar nak tengok filem terbaru abang mat...terbaek