abadikan dalam kepala sentiasa

abadikan dalam kepala sentiasa
genocide rakyat palestin

Tuesday, October 18, 2011

Banyak Sangat Filem Tahyul Ya Mat?

Ada yang merungut anak-anak mereka takut ke bilik air di malam hari. Ada yang takut masuk ke bilik jika lampu tidak dibukakan. Ada juga di kalangan anak mereka yang tidak mahu keluar rumah bermain bersama rakan sebaya takut akan gurauan yang mengingatkan mereka dengan sesuatu watak hantu yang menakutkan  Alasan yang diberikan kepada aku adalah itu semua angkara terpengaruh serta implkasi anak-anak mereka menjadi penakut kerana menonton filem-filem seram!

Apakah aku patut ketawa atau menangis apabila menerima rungutan itu? Perlukah aku termenung dua hasta panjang sambil  meratap hiba atau ketawa guling berlingkar dengan statement itu? Ke tepikan segala hukum reaksi itu. Aku perlu menebas jalan yang paling baik dengan memberi penjelasan semudah-mudahnya kepada konklusi yang mereka rumuskan. Bagaimana nak aku mula ya?

Aku rasa sejak zaman batu lagi kanak-kanak adalah golongan yang mudah takut. Mudah percaya dengan imaginasi yang lebih luas dari dunia nyata ini. Mereka ini golongan yang berdaya ingatan lebih organik dari perisian OS5 yang baru dilancarkan. Segala yang berada di hadapan mata mereka akan hidup membesar tanpa kawalan. Daya imaginasi mereka adalah sebuah kanvas yang luas penuh lakaran cakar ayam milik mereka. Takut pada hantu atau gembira main masak-masak adalah permainan di kepala mereka saban hari. Ketakutan mereka bukan baru wujud semenjak dunia perfileman diperkenalkan!

Ketakutan itu berakar sejak dari zaman batu lagi. Malangnya tiada manusia berotak zaman batu yang ujud lagi di waktu ini untuk kalian bertanya kecuali mungkin kepada dua pemuda yang sedang memerah trottle motor mereka sekuat-kuatnya di luar itu ketika aku menulis ini.

Semasa aku kecil dulu pun aku takut masuk ke bilik tak bukak lampu. Takut akan hantu, ular, monster, orang gila atau apa kata kalau tiba-tiba gempa bumi berlaku semasa aku masuk ke dalam bilik itu dan lampu tidak dipasangkan? 

Pokoknya budak akan takut pada benda yg mereka tidak faham. Lumrah budak. Siapa yang semasa kecilnya tidak takut dengan hantu? Masalahnya budak-budak takut kita mencari-cari puncanya maka jatuh lah talak pada filem-filem seram melayu.

Anak-anak juga ditakutkan dengan kisah-kisah hantu penceritaan mulut orang-orang tua berceloteh namun bukan penceritaan mulut itu yang menjadi budak itu takut. filem juga dipersalahkan. 

Mungkin ada penceritaan sesebuah filem itu janggal dimata dan hati pemerhati dunia perfileman ini dan perlu menegur atas sebab tanggungjawab dan semangat sayangkan agama dan bangsa. Maka tegurlah pada pengkhususan sesebuah karya itu. Perbetulkan mana yang silap. Permudahkan mana yang terlalu kompleks untuk dileraikan. Tidak perlu mengheret kesemua filem seram ke tali gantung untuk mempermudahkan kerja.

Siapa aku untuk berceloteh mengenai kerja filem yang lain? Atas sebab itulah aku hanya mampu untuk menerangkan bagaimana filem aku boleh dileraikan pengisian seramnya dengan semudahnya. Aku selalu larikan segala bentuk seram dari mengekang ajaran agama. Aku tidak mahu menggunakan agama sebagai penyelesaian di dalam masalah cerita seram. Nama tuhan aku terlalu besar untuk aku peragakan di dalam sesebuah filem aku!

Kesemuanya aku rumuskan bahawa seram yang berlaku di sekeliling adalah hasil dari budaya yang menyokong tahyul itu sendiri. Terlalu tahyul sehinggakan wabak di katakan zombi, orang gila dikatakan hantu dan jika ada elemen hantu di dalam filem aku itu pun hanya dipercayai oleh watak orang kampung yang kebingungan dan bomoh yang bukan beragama Islam. Juga aku persendakan jampi itu hanya pelawok yang terang-terang aku 'parody'kan

Tiada jampi serapah menggunakan nama tuhan aku dan rasul kebesaran untuk mematikan hantu. Tiada surah dimuatkan dikepala filem atau akhirannya untuk menyokong sesebuah karya aku. Siapa yang menyuruh meletakkan ayat-ayat suci itu in the first place? Apa dengan ayat itu dapat menghalalkan segala tahyul di dalamnya? Perhatikan dan hayatilah, ayat-ayat itu bukan diturunkan untuk diletak dipembukaan sesebuah filem!

Kesemuanya terletak kepada niat sesebuah filem itu dihasilkan. Jika kita berniat untuk menghibur, tiada terlintas di hati pembikin untuk mempersendakan tuhan atau menduakannya. Menkomedikan kebesaran rasul  jauh sekali! Jika ada yang tersilap sila perbetulkan. Perlu diperbetulkan. Namun harus diingat bukan niat seseorang pengkarya melayu islam kita sengaja tergamak membuat sesuatu kejutan hanya untuk melakukan filem mereka.

Kami bukan manusia maksum. Anda juga. Maka bersama-sama tolonglah kita perbetulkan mana yang silap. Tetapi bukan hanya kepada pembikin filem sahaja. Juga pada manusia yang menceritakan mampu mengangkut hantu naik bas hantar masuk ke dalam hutan. Juga pada yg mengaku boleh menyembuhkan penyakit yang dirasuk hantu dgn meminum air yg dijampi. Juga pada kumpulan-kumpulan yang mendakwa mampu membaik pulih rumah yang kononnnya dihuni oleh makhluk-makhluk halus. Juga pada penerbit-penerbit yang menerbitkan buku2 yg  penuh kisah2 alam hantu. Komik-komik mudah yang penuh seram dan fantasi itu juga perlu dipamtau.

Harus diambilkira filem-filem hantu cina yang mula melompat dari mula hingga akhir itu juga perlu dipandangharamkan. Superman terbang berlambak tahyulnya itu juga harus dipandang berat. Siri X-Men yang diketuai oleh budak yahudi yang boleh membengkokkan besi pagar itu juga perlu dibahaskan. Bukan sahaja tahyul malah memberi impak akan kebesaran zionis itu harus juga dipertimbangkan implikasinya oleh jemaah ini. Perlu tiada diamalkan sistem double-standard di dalam isu ini.

Pengkarya melayu bebas diperkecil dan dimanupulasikan karya mereka atas nama ingin membela nusa bangsa dan agama. Apabila lagu 'ali baba rock' diharamkan dari muncul di dalam filem 'alibaba bujang lapuk' atas sebab lagu rock itu berbudaya barat yg negativ di tahun 1961 dulu, kita sudah tahu karya kita ada batasnya. 

Apabila budak rock melayu berambut panjang menjengkilkan mata sesetengah pihak, rambut mereka dipotong jika tidak lagu mereka diharamkan. Sebuah lagu kumpulan blues tanahair diharamkan hanya kerana terdapat lirik jenama kereta didalamnya! Soal menghukum pengkarya kerana takut akan hasil karya mereka menyesatkan bangsa dan ugama ni sudah lama hidup. Dari sekecil detail di earmark menjadi sebab sesebuah karya itu diharamkan. Itu pada pengkarya melayu la.

Pada pembikin filem yang bukan melayu mempersendakan agama dan bangsa dimaafkan langsung atas sebab2 ........ (sila isi sendiri).

Berita Harian
18 oktober 2011

15 comments:

Wan Suhail said...

haha nice one

rekbing said...

"Nama tuhan aku terlalu besar untuk aku peragakan di dalam sesebuah filem aku!"

aku suka ayat ni mat.

divakampung said...

saya hanya mampu ketawa...bangga sebenarnya dengan keberanian abang!

EncikWes said...

dorg tersilap target sebenanya... tu sbb salahkan cite antu.

Nur Misnan said...

hik3.. syabas brother...

Sudin Shaari said...

"Hantu punya budak!"

Adakah hantu memiliki budak itu?

Ataupun budak itu yang memiliki hantu itu?

RepublicAku said...

benda2 begini ramai org terlepas pandang 'kita buat salah mereka buat betul'...mmg Double sangat2...

Anonymous said...

huraian yang lengkap dan penuh makna untuk direnung-renungkan oleh semua. tahniah abg mat

niki tahir said...

saya harap org yg menulis kepada Datuk Rais Yatim itu ada membaca entry ini..

arie said...

cuma ingin menyapa yang punya blog saja...
artikel yang baik...

 Nasha said...

Terangkat baca 3rd last para!
Tak sangka laa abang Mat ni daring orangnya ...keep it coming

aimaniman said...

ya allah.. terpegun mama baca bait2 ayat dalam entri ni, rasa kerdilnya mama walaupun setiap hari berhadapan dengan budak2 bakal piksa spm.. isshh sejak mengajar budak2 ala2 malas membaca ni, terasa betapa ceteknya ilmu berbahasa mama... isshhh malu deh

afifa tamrin said...

as a literature student, I like this entry! Thanks a lot. :)

ayu sharani said...

'karangan' yg sgt bagus ..
t'pegun m'bca nya ..

VanillaChocolate Vampire said...

Sye nak sgat tgok sbuah filem d mna smua wtak2 utamanya dpgang oleh plakon2 veteran sperti mustapha kamal,Dato' yusof haslam,jalaludin hasan,dan plakon vteran yg lain..... Even sya ni still muda *umur awal 20an*,tpi sya rsa lbih trtarik dgan lkonan plakon vteran Malaysia dlam drama... Hollywood msih guna Sylvester Stallone utk jdi hero,knpa kita x bleh guna Wan Hanafi Su utk watak hero??