abadikan dalam kepala sentiasa

abadikan dalam kepala sentiasa
genocide rakyat palestin

Sunday, September 25, 2011

BEST JADI MELAYU NI

Ok terbaik dari semua. Berbagai latarbelakang sudah bercerita. Dan kita sudah memahami dan lebih2nya aku sudah memahami dgn sedalam-dalamnya apa yg berbuku di hati aku dan kalian.

Bukan aku irihati. Bandinglah estet dgn cerita apa pun aku tak kisah. Madu bagi setengah racun bagi yg lain. Best kalau banding estet dgn avatar lagi meriah rasanya.

Kalau lang buana hina islam kamu tenguk maknanya kamu di bawah umur utk menilai sebarang filem. Kamu bagus menilai filem pendek kelolaan kawan2 kamu saja k. Usah la nak bersuara di ruangan komen yg ramai menyuarakan pendapat yg berguna walau pun against aku. Aku bukan bodoh utk menutup telinga dan mata kata2 kalian.

Ada yg tulis u racist fuck....hehe where were you masa video tu hebat di sebarkan? Whos playing racist here my fellow malaysian?

Ramai kawan aku bangsa bukan melayu yg rapat dan aku sgt2 sayang deme kenapa? Sbb kami tak racist. Kalau kalian back up dia bagus. Dan jangan menidakkan aku back up aku dan kawan2 aku yang anti racist.

Betul. Darah cina ada dalam diri aku. Darah melayu pun ada. Tapi aku tidak memburukkan cina aku atau mengata melayu aku. Aku akan membangsatkan saper2 yang membangsatkan kaum aku.

Come on. Jom debat. Blog aku ramai yang masuk dan nuffnang menjanjikan ganjaran..

Dan yg seronoknya melayu ni, kalau kaum lain menghina duduk takut tidak bersuara sbb hey! Aku melayu terbuka dan bangsar litterate aku cool. Tapi jika melayu mula bersuara, tanah sanggup di gadai utk mempertahankan hak lain.

Hehe

73 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina ni termasuk dari family yang berbilang bangsa, MIL Cina FIL india adik ipar ngan kak ipar ada cina ngan india, masih percaya yang dorang tu ada agenda tersendiri.I Love melayu.boleh.

nazrinzaidi said...

kenalan cina saya ramai yang sudah bertuhankan namawee.makanya tunggu dan lihat apa yang akan terjadi.mungkinkah,raja yang bertengkolok akan dihina?

oh ya,
saya tonton estet di panggung wayang.uncle mat,ketahuilah bahawa saya langsung tak menyesal.

(malu untuk saya mengaku melayu,kerana diri ini tidak pernah menari zapin)

faizalmukhtar said...

We will soon and eventually 'get there', Bang Mat... Saya percaya dan saya yakin pada leluhur ilham jiwa dan kersani yang ada pada benak abang.

Teruskan berkarya.

Whatever the cause, whatever the consequences, whatever the reality is right now. I feel you totally!

JAS SALLEH said...

Hahahahhaterbaik encik Mat !

Mari kita sama-sama bertanya kepada mereka yang skeptikal mengenai apa yang mereka fahami berkenaan bangsa.

Kita beri contoh kepada mereka berkenaan SIFAT PRISMA dengan SIFAT KANTA PEMBESAR.

Prisma memecahkan sejalur putih menjadi pelbagai jalur cahay warna warni tetapi hilang sifat Terang cahaya putih. Nampak saja cantik Apapun tak boleh,

Tetapi sifat Kanta Pembesar ialah mampu menguatkan sejalur cahaya putih melalui pemfokusan kepada satu titik. dahn hasil nya ialah TENAGA SOLAR!

Kita tak mampu menjanakan TENAGA SOLAR melalui SIFAT PRISMA tetapi mampu menghasilkannya melalui SIFAT KANTA PEMBESAR,

Puak-puak muda mudi pada hari ini BERSIFAT PRISMA dek kerana itulah mereka menyangka indahnya pemikirna ini kerana terpedaya dengan realiti fantasi berwarna warni.

Yea tak?

yanglerni said...

mamat khalid....i like..........jom masuk fb...ramai yg tunggu

Kamarul Adli Bachek said...

ini semua agenda freemason/illuminati/kristian/komunis/bersih.

SARS said...

Lain orang,
lain matanya,
lain penglihatannya,
lain pengamatannya,
lain pemahamannya.

Anonymous said...

Tidak racist mempertahankan bangsa sendiri, adakah racist mempertahankan saudara sendiri? Racist bila ada yang mengutuk saudara kita (seperti Namewee) dan tidak racist membalas paku buah keras kepada orang yang mengutuk, itu adalah mempertahankan diri. Terima hakikat, ada Melayu racist dan ada Cina racist, kawan Cina anda, bila didepan anda mungkin tidak akan mengutuk Melayu, tetapi sesama Cina mereka, mana anda tahu? Sama juga kita Melayu kan!

Anonymous said...

Takpe, kutuk je Cina kalau layak kena kutuk, sekarang bukannya ada ISA, dah mansuh.

eJAI said...

bersih komunis pulak dah?

Basri said...

Saya tertanya-tanya..Adakah abg up entry yg kontroversi & panas ni semata-mata nk org masuk blog abg & dpt duit nuffnag sahaje??..

Hehehehehehe.. maaf bang. Gurau je..jgn marah..

FC said...

saya tidak menonton filem nasi lemak 2.0 dan kalau terasa nak tengok mungkin ke youtube saja. setakat ini macam tak berminat saja. saya cuma terbaca sinopsisnya dalam The Star. kononnya satu cerita untuk membuat nasi lemak paling sedap. kononnya sambal nasi lemak yang hebat dibuat oleh keturunan cina baba dan nyonya, kari dibuat oleh India. ini auta untuk memasukkan kaum india dalam cerita untuk faktor 1malaysia, bila pulak nasi lemak ori ada kari bagai nih. sumbangan orang melayu hanya lah buat ikan bilis goreng dalam nasi lemak tu. lawaknya.

kelihatannya filem ini hanya propaganda untuk menaikkan cina dan sehabis boleh cuba memasukkan elemen semua kaum walaupun tak logik supaya mendapat label 1malaysia. corak manipulasi yang sama kita lihat dalam pentafsiran sejarah oleh mereka. kalau sejarah lampau negara ini dilihat tak menyebelahi cina atau india. sejarah itu diminta untuk disenyapkan atau diputar cerita. kalau ada sekelumit kecil jasa watak puak-puak ini, sumbangan kecil itu nak diperbesarkan demi menjaga maruah 1malaysia.

Rosmah Mansor said...

Abang Mamat,
Pada saya, bukan sahaja wayang-wayang Abang Mamat yang bermutu rendah, nampaknya tulisan blog dan fikiran anda juga cukup low quality.
Melayu ni, Melayu tu. Nampaknya otak awak memang simple, seperti seekor katak dibawah tempurung.

Rosmah

Amir Muhammad said...

Sebagai peminat karya2 Mamat Khalid (terutamanya MAN LAKSA dan KALA MALAM BULAN MENGAMBANG) saya tentu suka kalau dia dapat pulangan Nuffnag yang meletopz.

Saya juga harap komentar2 tentang NASI LEMAK 2.0 adalah berdasarkan pengalaman menonton (dan cuba memahami) filem itu sendiri. Filemnya bukanlah 'satu lapis' seperti video "Negarakuku" (sebuah karya juvenil)*

* Pun begitu, 'penghinaan' terbesar terhadap azan bukan datangnya daripada mana-mana lagu, tapi daripada orang yang mengaku Islam, tapi bila dengar azan tak tergerak pulak untuk sembahyang. Azan diwujudkan bukan untuk dipuji, tapi untuk menyeru. Ye dok?

Anonymous said...

Ya betul Amir.. penghinaan besar datang dari orang yg mengaku Islam tu sendiri.. hehe.. bila dengar azan, malas nak bangun g sembahyang.. hakikat tuh. hehe

Anonymous said...

Ya betul Amir.. penghinaan besar datang dari orang yg mengaku Islam tu sendiri.. hehe.. bila dengar azan, malas nak bangun g sembahyang.. hakikat tuh. hehe

Anonymous said...

Mamat Khalid,

tak sangka pemikiran mcm ni dtg dr Mamat Khalid sndiri. sedih pun ada. Patutla bangsa kita tak pernah maju..

Saya sendiri jugak marah bila video Negarakuku disiarkan suatu waktu dulu.. Namewee memang bersalah ketika itu. Tp semua org buat silap bro..

Sejahat2 penjenayah klu da berubah, takkan kita x boleh bg sokongan lg bro? Patutkah kita pulaukan klu ia benar2 berubah? Apakah org yg da bertaubat pun kita masih patut benci dan kita nafikan hak untuk berkarya atau mencari rezeki di bumi Malaysia ni? Apakah patut org yg membantu bekas penjenayah pun kita bangsatkan juga? Bagaimana kalau kita ditempat yg sama? Kita ni maksum sangat ke? Bayangkan kalau hang buat salah besar n orang tak maafkan hang selamanya, apa hang rasa, mamat khalid??

Memang benar, Dia seorang anak muda yg pernah buat salah besar.. tetapi dengan kekecohan yg terjadi aku rasa dia da belajar dan sudah meminta maaf.. samada dia ikhlas atau tak, hanya Allah yg tau. Biar Allah tentukan nasibnya. Kita tak layak menghukum.

Yang aku tau sekarang ni, dia ada bakat yg boleh digilap. Dia boleh menggubah lagu, menulis lirik, berlakon, mengarah filem dan menulis skrip. Kalu diasuh dia mungkin boleh menaikkan nama Malaysia nnt. Janganlah halang dia nak berkarya selagi dia tak menyimpang jauh.

Mamat Khalid, sudah sampai masanya pengarah melayu kita buat filem yg menggambarkan Malaysia. Ni tak, balik2 cerita melayuuuuuuu jer.. Sampai bila?? Mat Saleh pun dah banyak buat citer campur orang putih n orang kulit hitam dlm satu cerita.

At least citer Namewee ni mengingatkan aku pada karya arwah Yasmin Ahmad. memang best terutama citer Sepet. At least bila aku ke panggung dulu ada gak orang india n cina sekali. Bangga gak aku..

Bila pengarah macam korang ni nak tarik bangsa lain tengok karya korang?? sampai bila filem kita hanya untuk orang Melayuuuu sahaja.. Bila nak maju yeob??

Lg satu, kalau nak buat cerita, tolong la kaji skrip betol2.. kalau nak wat lawak, sesekali wat la lawak yg inteligent sket.. ni tak balik2 lawak spastik.. da muak aku tengok karya melayu kita yg lemah.

Aku rasa mamat khalid patut tengok filem Namewee ni dgn open minded.. belaja message dia kat situ. belaja teknik penggambaran dia n belaja teknik penceritaan dia.

enuff said..

Zul..
Aku juga Melayu.

Achi said...

hmm... tak habis2 lagi komunis gay datang serang. pegilah toggeng ke apa.

Saya cadangkan mamat khalit lawan sumo dengan mamat wee. ya mamat wee. dia pun melayu macam kalian semua. sini bukitnya: http://cartoonrama.blogspot.com/2008/05/maskara-8.html

jangan panggil afdlin jadi pengadil masa lawan nanti. silap2 dia yang istiharkan diri dia pemenang.

Anonymous said...

serangan komunis alaf baru... tp sape patut disalahkn kalau bukan org2 yg mengaku melayu itu sendiri...

Mazidul Akmal Sidik said...

Salam Bro.

Suatu ketika dahulu, saya pernah menemubual budak Muar, Johor itu.

Masa itu dia baru balik dari belajar di universiti di Cina dan untuk rekod lagu Malaysiakuku nya hebat diperkatakan di You Tube.

Dia datang ke studio, ingatkan he would say sorry kepada rakyat Malaysia officially, haram! Tidak langsung terbayang sesal di wajahnya.

Dr. Ben said...

bro, by making movie, you are in the frontline.

Our expectations are high.

SURALAYA said...

Kalo dah nama tu bukan dari BANGSA MELAYU, jangan haraplah depa nak mintak maaf kat kita...

Demi undi, segalanya mungkin bro...
Apakan daya...kita dok kat Bolehland..

mamat khalid said...

Amir - Hehe yang tak solat subuh pulak. Mungkin minda aku terlalu simple untuk menyamakan kesalahan itu dibalik video itew. Niat dia semestinya tidak berbau itu rasanya. Orang lain yang menyumbatkan andaian itu untuk yg minda minda tak simple pula ikut :-) taktik lama ehee

Mazidul - jgn cakap nanti dikatakan tak openminded :-)

Zul melayu - aku sangat2 nak buat lawak intelijen tolongla ajar. Aku pun nak 100% duncefree. namun analisis cara penulisan anda, anda tidaklah begitu intelijen :-) yg intelijen
amir. Intelijen kat bangsar le. Hehe we still friend one kan amir?

Kalian - komen2 disini tidak bermaksud membenci satu sama lain kan? Kita berdebat freely and happily k mcm aku sekarang dikedai mamak senyum seronok belajar ilmu dari kalian.

mamat khalid said...

Dodocheng, faizal,jaz, yanlerni,kamarul adii, sars,ejai,basri,fc,yang dah tentu bukan rosmah mansor,dr ben suralaya,achi - jom tenguk mr bean abg belanjer. Tapi kat ipoh ler

mamat khalid said...

Nazrinzaidi - kadang2 hidup ini terlalu duka utk sesetengah manusia openminded itu terbuka openmindedness mereka :-)

Sara said...

saya tak tahu kenapa.. tapi saya bangga dengan mamat khalid. saya suka semua filemnya dan saya suka membaca segala coretannya..

Ain Aznan said...

nawawee, ceritanya...sori 2 say, citer itu hanya utk ditonton org cina sahaja memandangkan ceritanya mengangkat org cina ke darjat tinggi, dan menjatuhkan bangsa2 lain terutamnya melayu secara halusnya dlm movie, part mana, tgkla sendiri.

andai kata dia wat salah n insaf la kononnya (konon2 la), cer tengok (pinjam tagline jap) lagu2 dia buat, banyak hina menghina je, insaf apa benda, insaf kepala lutut dia. (>__>)/

setiap wayang ada jalan cerita, setiap cerita ada nilai dan moral, tetapi kalau nilainya menjatuhkan seseorang, maksud nilai itu menjadi filem itu xde moral n pengarah x pakai akal masa buat, main hentam sahaja.


Anyway, i'm not at Nawawee's side at all. (whatever name he had)

Remy said...

Aku tak kan tgk cerita Nasik Lemak 2.0 tu kalau nak mengeluarkan duit aku.. aku haramkan duit aku utk si lahanat tu.. aku bukan racist.. tp si lahanat tu yang start dulu dgn racist nya dan mengutuk negara Malaysia..

Jurnal Murahan said...

hallamak yeop steady ah ahahhaha

-anak manong-

wan said...

salam bro mamat khalid

saya mmg minat cerita abg. even kalau tgk dalam cerita2 abg byk diselitkan unsur2 yg sinis kepada sikap dan kelemahan masyarakat melayu sendiri amnya, kepada pihak kerajaan dan lain2. saya taknak cerita panjang lebar mengenai filem namewee sbb bagi saya ia bukan cerita 1malaysia tetapi cerita yg mengangkat martabat cina, sama juga seperti cerita hikamat merong mahawangsa yg cuba mengangkat martabat melayu.

saya ada cadangan, boleh tak abg mamat khalid buat sebuah cerita komedi romantik mengenai seorang budak nerd yg cuba mencari cinta. budak tersebut sudah byk kali hendak mencari awek, tapi byk kali direject disebabkan sifat nerd dia. akan tetapi satu hari yg tak diduga dia bertemu dgn seorang perempuan.... yg lain2 tu abg mamat fikir sendiri lah huhuhu... sekian terima kasih

Henry Zackery said...

SALAM PERKENALAN :)

Blog Bebas

Anonymous said...

Salam,

nah.. untuk pemikiran yg cetek mcm tuan punya blog n pengikut2 yg macam tak pernah buat dosa seumur hidup tu.. silalah baca artikel ni.
Dengar penjelasan pihak lain plak.

http://ohartis.com/2011/09/afdlin-shauki-perjelas-isu-bekerja-dengan-namewee/


Bawak2la sedar diri sket. Mcm aku cakap semua org buat silap. N people will CHANGE! Tak ada salahnya untuk kita bimbing org yg da nak sedar kesalahannya. Lebih2 lagi dia ada bakat. Takkan nak nafikan rezeki dia selama2nya kat Malaysia ni?? Apasal sempit sangat pemikiran bangsa Melayu? Macamana korang nak maju?

Seperti juga lukisan kat penjara pudu la.. dilukis oleh bekas banduan (bangsa cina tak silap aku). Siap masuk Guinness Book of Records lg. Bukan semua penjenayah teruk orgnya. Aku harap korang nampak permata yg ada. Yg mungkin bakal menaikkan industri perfileman kita yg hampeh dengan lawak n cerita yg lemah (walaupun bukan semua). Terus terang aku kecewa dengan cerita melayu yg ada time raya ni..

Zul
aku pun Melayu juga.

Anonymous said...

aku baca gak komen kat blog oh artis tu.. banyak gak yg hentam afdlin.. hehe..

Kesian.. bangsa Melayu dgn dendam kesumatnya.. bangsa Melayu yg rasa diri tak pernah buat salah selama hidupnya.. aduyai..

kalau Namewee nak berubah, ok la tu. Bg bimbingan.. Terangkan apa tu Islam kat orang yg tak paham Islam.. Tp kalau dia salah guna bakat dia lagi.. Sukati korang la nak buat apa..

huhu..

Zul lagi
Melayu.. itula bangsaku. :)

Anonymous said...

hahaha..tau ke berapa ramai melayu, cina dgn india dok busukan nama malaysia kat luar negara, mcm malaysia xpernah beri maruah pada mereka, haram bagiku nak nonton filem cina lahanat tu dan juga kuncu2 nya..sy sokong mat mat, lain kali sy jumpa sy belanja makan kat nasi lemak ayam kampong..

EncikWes said...

Dear En Zul...
Kite sebenarnya agak sukar utk maapkan org yg buat2 LUPA apa yg terjadi ari smalam. mgkn disebabkan tahap iman kite rendah atau sbagainya. tp kite tetap 'berusaha' utk cube maapkan die jika die pn ada inisiatif utk minta maap secara jujur. dan pada masa yg sama, kite pn memohon pd Allah supaya dilembutkan ati ni utk memaapkan die. ni le nilai Islam dalam diri Melayu sebenarnya.

org yg jenis namewee ni kene kaji dalam human behavior model. klu pn die dh mntak maap pd sume org, kenapa maapnya masih tidak diterima. "What psychological element is lacking..." - bak kate Dr B.J Fogg.

SM said...

...pendek kata amat bangsat mereka yang menghina kaum lain.

Je Poetes said...

luar je open minded, dlm x tau lg..
(estet itu lebih besar nilainya, tnpa mnjatuhkan bangsa lain)

*saya tngok dua kali, bkan x best tapi nak cari klau ada yang salah. tp xde. ok je... :)

abah khalisha said...

keturunan saya dah jadi banjar siam mamak dah..adehhh..hehehe

Mommy Fara said...

Peh! Abg Mat cool!

PerangFilem said...

sorry, telah boikot filem ni. poyo nak mamp***
tiket free pun aku xnak. sekreatif mana pun kalau dah benci.

Remy said...

Ada ke si Namawee ni mintak maaf secara terbuka? Kalau ada pun ikhlas ke mintak maaf tu? Kerana terpaksa atau ada agenda??
Tengok dari gaya .. memang mamat Namawee ni poyo dan tak ikhlas.. tapi dalaman tuhan saja yang tahu.. tapi apa apa pun dia dah guris hati org Melayu.. dan rakyat Malaysia.. mungkin we can fgive but not forget.. so .. aku still haramkan duit aku utk filem si lahanat ni.

Anonymous said...

saya boikot sbb Namawee...even kalau abg Mat buat filem jemput Namawee pun saya boikot... Hatta kalau toilet tu nama Namawee pun akan kena boikot walaupun saya nak terkuncil sesangat...muahahhaha...

Anonymous said...

saya boikot sbb Namawee...even kalau abg Mat buat filem jemput Namawee pun saya boikot... Hatta kalau toilet tu nama Namawee pun akan kena boikot walaupun saya nak terkuncil sesangat...muahahhaha...

Anonymous said...

Remy - Hehe.. This one i agree.. bg aku,I can forgive but never forget. Aku boleh bagi peluang.. tapi jangan ingat aku lupa semua. Ada agenda atau tak, kita tengok nnt.

Lain org lain pendapat, bg aku, aku sokong bakat yg dia ada. Tapi kalau dia salah guna lagi.. aku pon akan sokong korang utk amik tindakan..

p/s: teringat time remaja, seb bek takde youtube time tu.. hehe

p/s2: ni amalan aku skrg, tiap kali sebelum tido, aku akan maafkan semua org.. lena sungguh tido aku.. zzzzzzzzz.....

lg lg zul
aku itu Melayu
Islam agamaku :)

Anonymous said...

Fuck Namewee

Korang jangan jadi bodoh

Siapa Namewee? mula mula sorang pun tak kenal dia melainkan kaum kerabat dia

Dia sengaja buat video "bodoh" kat youtube supaya semua orang kenali dia

Publisiti murahan bangsat macam ni yang dia gunakan untuk marketing filem die

Korang yang sama2 bangsat dan bodoh pun beri sokongan

Ayat standard korang, kite kena memaafkan sesama manusia, manusia mana yang tidak membuat kesalahan

Otak korang sibijik macam MAT SABU

Anonymous said...

Bagus En. Zul, jadi pemaaf tak bertempat. Namewee sendiri pun tak ambil port minta maaf, orang macam En. Zul pula yang terkial2 nak maafkan dia.

Anonymous said...

Saya sokong Abang Mat dan meluat baca komen-komen dari Melayu yang nak berlagak liberal dan pemaaf konon. Ini adalah realiti kehidupan, aku pun ada kawan Cina/India dan dari semua mereka itu, tiada satu pun yang berkata kesat atau berperangai macam Namewee pada aku, malah baik juga pada aku. Dan kerana mereka baik pada aku, aku baik juga dengan mereka. Tetapi jika sekali mereka mengeluarkan kata yang berunsur menghina, aku tidak akan "meliberal" kan diri aku semata-mata tidak mahu dipanggil rasis, pergi mampus denga label rasis, aku akan pulangkan paku buat serpih balik.

Dalam masa yang sama, aku juga sedar dan aku fikir mereka juga sedar, kita semua bermuka-muka. Dalam golongan Melayu kita, mungkin kita pernah mengutuk Cina/India, dan perkara yang sama juga pasti ada dibuat oleh kawan-kawan aku itu, itu tidak boleh dielak, kita terima itu realiti sebenar kehidupan dan bukannya dunia ideal yang dicanangkan si "liberal" konon itu. Tapi apa yang dibuat Namwee sudah melebihi batas bila dia menghina depan-depan. Kalau kita hina Cina depan-depan, mereka pun tentu marah kan.

Dalam kes abang Mat ini, dia orang publik, dan Namwee orang publik, jika ada orang publik yang mengeluarkan kata kesat, apa salahnya orang publik lain mengeluarkan kata kesat.

Tolonglah, rasis hanya satu label lah, kenapa Melayu liberal takut sangat kalau jadi rasis? Yang penting niat, salahkah membantu atau mengutamakan saudara sendiri? (asalkan tidak menyusahkan orang lain).

Anonymous said...

Kepada En. Zul,

Namewee kan suka buat video, kenapa sampai hari ini tiada satu pun video dia minta maaf wujud? Setakat orang MCA yang cakap dia minta maaf mana boleh.

Bagaimana memaafkan orang yang tidak meminta maaf atau tidak menyesal?

Mohd Namewee bin Abdullah said...

Namawee kemungkinan ada tiga kegilaan bila membikin filem ini. Pertama, rujukannya (dan mungkin, salinan) terhadap The God of Cookery karya Stephen Chow, minatnya terhadap sindiran sosial berhimpit sketsa dewa-dewi tradisi ala filem-filem komedi Singapura Jack Neo, dan filem-filem muhibah arwah Yasmin Ahmad.

Apa-apa pun, Namawee memang "benar" terhadap "dakwah"nya berkenaan realiti rojak dan multibudaya masyarakat kita, perbezaannya, keunikannya dan persamaannya (kita semua gila wayang dan muzik), dan apa yang membuatnya "seimbang" dan dapat ditoleransi sejak zaman berzaman. Aku kira, suara-suara yang menuduh filem ini "bukan Malaysia" atau "bukan Melayu" dan mengangkat sisi "dispora Cina" (aku amat-amat tidak suka dengan pandangan ini yang bagi aku, jika benar mereka hanya boleh guna bahasa Melayu untuk "mengesahkan" filem mereka sebagai "filem nasional", sistem pendidikan haruslah menggunakan satu bahasa utama sebagai bahasa pengajaran, barulah bercerita tentang "penyatuan" melalui bahasa yang realitinya, tidak akan dapat pun berfungsi untuk menyatukan pelbagai etnik jika bahasa-bahasa ibunda lain tetap diajar!) tidaklah perlu terlalu runsing kerana filem ini sebenarnya "seimbang", dilihat dari sisi si Cina yang bersifat perkauman dan jahil. Ya, aku tak tipu, memang Namawee rasis dan jahil, tetapi sikap rasis dan jahilnyalah, kita dapat melihat "perkembangan" wataknya menyedari betapa "indah" dan "unik"nya Malaysia dalam perjalanannya, dan sudah tentu dengan cuitan komentorarinya yang tersendiri.

http://tontonfilem.blogspot.com/2011/09/nasi-lemak-20-2011-lawak-bantai-ala.html

Anonymous said...

U guys are just pathetic people. Menyedihkan! Macam la diri tu hebat sgt x pernah buat silap. Konon nak memperjuangkan bangsa sndiri. Nak menjaga maruah bangsa sndiri. Macam ni ke caranye dgn mengutuk, mencaci bangsa lain? bukan ke ape yg korang buat ni memalukan bangsa sendiri? Pemilik blog ni pun, aku tak sangka pemikiran beliau begitu cetek. Susah nak percaya begini rupanya pemikiran beliau. Please people, jangan lah memalukan diri sndiri..jangan berlagak mcm xpernah buat silap.. Berilah seseorg tu peluang utk tebus balik kesilapan yg pernah dia buat. Kamu semua siapa nak menghukum dia? Seblum nak menghukum, mencaci, menghina seseorang tu..cermin lah diri sendiri dulu. Sempurna sangatkah kamu?

Aku bukan melayu
tapi aku anak Malaysia.

Anonymous said...

Bang mamat, lepas ni buat filem rendang tok type R! takpe skrip jalan cerita jom kita bincang dekat Msyed ampang, kalau boleh abg mazidul pun boleh join kasi idea... modal buat cerita, xpe orang perak melayu banyak, kita share sorang seringgit...

apelah sangat yg korang nak bising2 tak puas hati pasal apa yang ditulis oleh abg mamat ni? well said, jangan kacau kalau tak suka, baru kena cuit sikit nasik lemak rm 1.50 dah jadi nasik lemak rm 0.50..ada sambal taruk tulur, tulur sudah pedas ka?

Anonymous said...

terlalu dalam pemikiran hingga sebuah karya dianggap sebagai satu ideologi menjatuhkan maruah bangsa sendiri. berfikir secara positif. kaji nilai dalam sebuah karya. pandangan haruslah membina. sesekali jengah apa yg ada disebalik tirai pandang seorang insan seni melalui hasil karyanya. ia bukan perkara yang mudah utk memuaskan hati semua pihak. pandangan sentiasa berbeza. lakukan apa yg dirasakan benar. terima kritikan dgn hati terbuka. lakukan perubahan jika tersedar dari kesilapan. sekian.

mr. neutral.

Anonymous said...

Aku masih geram dengan namewee ni. Kalaulah orang Melayu yang berada di tempatnya, konfim akan dicerca dan dihukum berat. Macam seorang guru dan pegawai polis dulu yang dikatakan menghina bangsa lain, sekarang dah tak dengar berita lagi. Tak silap aku guru tersebut dipindahkan ke sekolah lain.
Namewee ni pula senang2 orang kita maafkan dan menyokong kareer dia. Malahan dapat masuk TV lagi promo filem dia. Siap jumpa pak menteri lagi.

kunalan said...

rilek-rilek,apa kata kita layan video namewee yang terbaru ni dulu...Best broo!!


http://www.youtube.com/watch?v=t5d0eqBqra8&feature=player_embedded

EncikWes said...

Dear Anon number???...
Jika kamu seseorang yg berbangsa Melayu,Cina,India,etc yg beragama ISLAM tetapi menyatakan ayat sebegini, "Aku bukan Melayu,Cina,India,etc, tapi aku anak Malaysia", bermakna terdapat kurangnya elemen SYUKUR dlm diri kamu yg sepatutnya diterapkan dlm Islam. Hati2. Jgn liberal tk bertempat. Sepatutnya ayat kamu begini, "Aku seorang (Melayu,Cina,India,etc) DAN aku anak Malaysia.".

Mane dtg dulu? Bangsa Malaysia atau komponen kecil bangsa (melayu,cina,india,etc) yg ada dlm negara kite yg tercinta ni?

Sori, out of topic dr entri Abang Mat.

Anonymous said...

EncikWes,
Who burned the Christian churches in Malaysia?
Who paraded the cow head in Shah Alam?
Who killed Kugam in police custody?
Who killed Teoh Beng Hock during questioning?

Dah cukup lah, bukan sahaja orang-orang kafir yang berdosa, orang Melayu Islam juga berdosa.

Sama ada saya seorang Melayu atau tidak, itu tak begitu penting. Yang pentingnya, kita semua manusia.

Anak Malaysia bukan Melayu (dan tak nak jadi Melayu)

Anonymous said...

Anon 12:46

why you so stupid and brainless? dont mention about Who do that! Who Fired up 1st? In these world have China spot on for chinese, that was a very historical subject for that country..there have India, all people around the world know, India propose to show how india culture and history, and we have MALAYSIA a.k.a Tanah Melayu... erkkk did i racist? fact that cant be change! you dont want be Melayu, but show respect! you mention about you are human, seeing you brainless human..auchhhh...you anak Malaysia? lol funny...remember you cant put down the Malay and left that sia inside your self..very shame on you...

nameless

Anonymous said...

To Anak Malaysia bukan Melayu (dan tak nak jadi Melayu) "WANNABE"

i got 2 words for ya


" FUCK YOU "

Namewee said...

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150308227082373&set=a.203347457372.142848.197344137372&type=1&theater

azura razali said...

Owh...saya sangat suka dengan karya mamat khalid. Pertama sekali sebab saya sendiri orang Ipoh, jadi karyanya akan terselit juga loghat perak. Saya enjoy.
Filem Yasmin Ahmad juga saya suke. Kerana Ipoh.

so, mamat khalid sila jangan berhenti berkarya.Nanti saya rindu karya anda.

p/s:terasa sgt obses dengan Perak la saya ni.

ozzy said...

Memang susah utk lihat org Melayu semua bersatu suara walau apa saja yg abg Mat tulis..

"NASI LEMAK BOLEH BUAT BADAN KITA MAKIN BANYAK LEMAK"

Anonymous said...

Kepada si penaip,

To Anak Malaysia bukan Melayu (dan tak nak jadi Melayu) "WANNABE"

i got 2 words for ya

" FUCK YOU "



I got TWO words for u too,
"THANK YOU" :)


Ya, aku MEMANG bukan melayu.
Tapi aku anak Malaysia.

Anonymous said...

Namewee mencari publisiti murahan menggunakan Youtube. Sampai sekarang tidak pernah cuba meminta maaf walaupun ape yg beliau rakamkan telah mengguris pelbagai pihak. Apa pun tak boleh. Berat sebelah.

Rush Murad said...

Salam.

Cina lahanat ni takan pernah mau minta maaf, apatah lagi mau 'bertaubat' untuk tidak mengulangi kerja2 jahat dia. Penghasilan Nasi Lemak 2.0 sahaja sudah cukup jelas.

Aku yakin, masih ramai Melayu tak sedar diri kat luar tu akan tetap menyokong budak cina kurang ajar ni.

Cuba Mamat Khalid buat movie kutuk2 bangsa lain, terutamanya Cina dan India...mau huru-hara Malaysia ni....

Lady Windsor said...

Abg mat, buat la filem bak kut teh 2.0, saya tau abg tengah susun idea tu..

Anonymous said...

Lady Windsor,
Nak bagi nasihat sediikit, pastikan tu bak kut teh ayam. Kalau tidak, Allah SWT memang marah.

Lady Windsor said...

Anon, ya...bak kut teh ayam...tak pun terpulang pada abang mat dia nak buat bak kut teh apa...

Anonymous said...

En. mamat, ana mau mintak tolong sikit ye. Di harap sgt en mamat tidak menyenaraikan 2 pelakon melayu nasi lemak ke dalam filem2 en mamat ye. Bukan apa ana takut ana tak dapat kawal emosi dgn mengoyakkan poster2 filem en mamat. Kesian la en mamat penat2 buat poster.

Lensa Sukan Malaysia said...

perlukah wujud mereka-mereka yang mengkritik namun tidak berani untuk dikritik.... tahniah MK kerana anda tidak begitu seperti Anonymous2 dan yg seangkatan dengannye yang menyayangi Namewee seadanye...

tnb said...

http://www.youtube.com/watch?v=g5TwapT6DdM&feature=related


kalu dah insaf awat lagu ni duk ada kat fb lagi...

Hazard Ali said...
This comment has been removed by the author.
Hazard Ali said...

Salam bang. Ada 3:

1. Saya dah tengok Apek tu punya filem, kat Astro First. Cemerlang tu tidaklah, tapi tak jugak taik. Saya rasa kalau saya bangsa ca ya lagi muntah darah kot, sebab dia tembak kiri kanan depan blakang. Pendek kata, dia memang kaki komplen lah, tak kira bangsa.

Filem dia tak najis, tapi yang najisnya tu dia. Si bangsat bunuh orang, janganlah pisau yang dia guna pulak dihadapkan ke mahkamah.. ye tak?

2. Saya pun dah tengok ESTET. Dari LANG BUANA ke HANTU KAK LIMAH, semua saya tengok kat WAYANG.

3. Ramai jugak bijak pandai dalam ni, baguslah. Walaupun ANONYMOUS manjang. PTUIH!

http://aksaraketiga.wordpress.com/2011/10/10/nasi-lemak-2-0/

Efai Aruzed said...

saya pun tengok Estet kat panggung di teluk intan, big lotus nama panggung tu. Macam tak percaya estet ada dalam senarai filem yang ditayangkan sebab selalunya panggung kecil tak tayang cerita yang tiada pelakon yang bernama besar. So, kesimpulannya, estet memang 'karya terpilih'