abadikan dalam kepala sentiasa

abadikan dalam kepala sentiasa
genocide rakyat palestin

Thursday, July 21, 2011

hari ini semalam dan lusa

semalam aku di enfiniti production milik tiara. mereka sedang menyiapkan teater terbaru mereka 'the secret life of nora' cerita mengenai nora zainy perisik antarabangsa di tahun 60 an.pengarahnya omputih dari west end punya kalangan. tapi tak la sombong macam lan sinaga naga yang baru buat short film guna henpon tapi sombong unfriend kawan2 kat facebook dah! nak kena lan ni!

aku rasa dari mengintai kerja tabir puteri gunung ledang the musical, p ramlee the musical dan kampong boy the musical (berapa byk musikal daa), aku rasa hasilkerja untuk teater kali ini lebih weird dan menangkap imejan yang dipersembahkan. sememang taraf broadway internationale je aku tenguk. bangga o tenguk design raja malek yang wild dan gothic itu. lagunya pun sedap macam lagu aladdin tapi lagi sedap. skripnya pun santai penuh humor dan suspense mcm tgk citer james bond campor mat bond. aku tolong sikit2 je skrip tu.

lepas diskusi berbahasa omputih lidah aku terkehel lalu mintak berehat dan terus turun ke bawah makan ikan bakar sekinchan. kembali rasa melayu.

mintak maaf ler takda gambo mengiringi beberapa entry kebelakangan ini kerana menggunakan ipad yg belum jailbreak lagi ni. banyak gambo aku ambil termasuk shooting film rock oo hinggalah ke pertemuan kerja teater ini. kalau ada rezeki akan aku poskan gambar2 tu nanti. cepat la sikit macmachine membuka stigma frigidery ini.......

15 comments:

eleanor said...

tak sabor teman nk nengoknye.

farah fauzi said...

warghh..nora zainy..nak kene search nih kat tenet ...

Angah said...

teringin nak dengor che mat speeking london...

mamat khalid said...

secret life of nora tu farah
i if speaking london sounds european and iranian angah ehee

kirana nakia said...

Salam
Kia baca entry nie..rasanya cerita yang tersirat lagi jelas..abang mat baru beli Ipad..hahahaha

mamat khalid said...

orang punya. pinjam sbb sgt mudah jika ingin menulis. dari beli ipad baik beli kuda hehe

ennieva fauzi said...

mmmm ipad...wah, maju selangkah

pye:rudz said...

nora zain.
jefry zain versi wanita.

Fa-T said...
This comment has been removed by the author.
Fa-T said...

time jefry zain pandu kete takdak bumbung terasa macam iklan DUNHILL!

...$weE+ 666... said...

...ari tu jumpa & borak2 dgn abg mamat kat reception, tringin nak amek gmbr sama sbnrnyer tp segan nak ckp hehehe... nnt bleh ek?

midonz said...

Ewahh.. minah bond la.. hehehe.. agak2 bila Rock Oo.. akan masuk cinema.. tak sabau ni..

Pegawai Khalwat said...

Naga memang macam tu bang. Nak kena dia nih.

Sebab abang rekemen kata best, aku nak simpan duit nak pi tengok.

Hisham said...

Abd mat kalau ios 4.3.2 /4.3.3 senang nk jailbreake. Tak perlu conect ke pc, online jailbrake jer. Masuk sini www.jailbreakme.com klik free -> install.
Tu utk install cydia jer

Kalau x de ayat tu maknanya ios ipad tu ver lain ler..

Next step sy akan bg kalau yg cydia nie dh bleh masuk.

Hisham said...

App yg saya dh try utk blog
1) blogprees
2) blogger+

Lain2 apps ada rasanya.