marilah kita berhimpun
membawa penyapu
di atas lori
marilah kita berhimpun
membuka seluar mempamerkan ponggong
marilah kita berhimpun
menjahanam manusia sesama bangsa untuk bangsa yang lain
marilah berhimpun
bergasak seronok menyanyi
lagu akulah wira pembela bangsa-bangsa
marilah kita berhimpun
menunjukkan aku care dan menentang orang yang tak caring
marilah berhimpun
supaya mereka mendapat tempat
dikerusi empuk milik idamam peribadi
marilah berhimpun mari
tapi aku tak ingin
kerana waras aku menyayangi kalian
Monday, July 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
36 comments:
fuh..berat ni abg mamat...
Hahaha.. Saya dengan ini nak kata yang saya tak sokong perhimpunan BERSIH.. Bukan saya benci BERSIH dan bukan bermakna saya tidak faham 8 tuntutan BERSIH tapi sebab saya masih waras juga.. Ngee :) Saya masih boleh kenal mana kaca, mana permata dan mana gunting dalam lipatan..
Entry Terbaru 1: Perhimpunan Bersih Akan Dibatalkan?
Entry Terbaru 2 : Titah Khas Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai
Entry Terbaru 3 : Sokong Bersih Tapi Tak pernah Mengundi
gud one! sokong sgt!
assalamualaikum abang mat...pada pandangan saya bersih ni satu usaha/ nak bagitau semua rakyat tentang keadilan (pilihanraya)supaya telus.... tak berhimpun pun takpe, asal rakyat tahu tujuan mereka mengadakan perhimpunan...
ternyata pilihanraya di negara kita tidak bersih abg matt....pada mulanya mmg perit nak percaya...tp bila saya dapat pengakuan dari kawan sekerja saya (jabatan kerajaan) mengenai arahan pihak atasan untuk menjadi PENGUNDI HANTU semasa pilihanraya kecil di PAHANG tempoh hari, saya mmg terkejut... tgk link ni http://milosuam.blogspot.com/2011/07/rumah-kecil-dengan-88-orang-pengundi.html ...
saya sekadar berkongsi... assalamualaikum
kan indah kita berdebat dan bertukar maklumat cegini? sejuk mata dan hati. abg sokong semua gerakan untuk kesejahteraan masyarakat melayu islam. dan abang sokong jika kita menjerit sekuat hati mencoret kertas undi di hari mengundi. cuma abg tidak mahu kita teraniaya terlibat oleh golongan kambing menjadi tunggangan mereka jika kita berhimpun untuk mana2 pihak
btul tu bang matt... kita sebagai rakyat, harus membuat penilaian, penilaian secara total...pastikan kita tidak mudah terpedaya dengan sesuatu fakta, ingin saya tegaskan skali lg buatlah penilaian secara total....
nasihat saya kepada semua, alangkah bagus jika luangkan masa sedikit membaca hansard (penyata rasmi parlimen)setiap kali parlimen bersidang.... baca sambil membuat penilaian debat2 mereka mengenai soal jawab dan usul2 yang dikemukakan...
ps: alangkah bagus jika kita semua dapat tgk live persidangan parlimen...boleh saksikan YB YB berdebat secara live..mungkin kita akan lebih ''CELIK MATA''
bang mat,gua mulakan dengan realiti politik di Malaysia.Kebanyakan dari kita tahu bahawa kita mengamalkan demokrasi.Demokrasi secara mudah ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.Demokrasi menghendaki pemilihan oleh orang ramai,maka untuk tujuan propaganda,muncullah parti-parti politik.Sekumpulan orang yang berkerjasama untuk meraih undi lebih berkesan dari hanya satu individu bekerja untuk meminta simpati orang ramai.Sistem ini menyebabkan timbulnya satu petua penting untuk menjadi juara demokrasi;siapa meraih undi paling banyak,dialah juara.Maka untuk maksud ini,muncullah hukum Machiavelli-matlamat menghalalkan cara.Penganut-penganut demokrasi dihalalkan menggunakan apa jua cara untuk mencapai undi paling maksimum.
Anda boleh memakihamun,menjatuhkan maruah lawan,mengeluarkan video lucah atau lompat parti.Anda boleh merasuah pengundi,menabur janji palsu atau menipu undi pos.Anda juga boleh mencetak beribu-ribu kad pengenalan palsu,memberi kerakyatan kepada warga asing atau membenarkan pengundi mengundi dua kali atau berkali-kali.Anda boleh membuat persempadanan semula,merasuah suruhanjaya pilihanraya atau sekatan media.Banyak cara sebenarnya anda boleh lakukan untuk meraih undi.Ingat peraturan terpenting demokrasi ialah UNDI.uNDI ialah Tuhan demokrasi.Dari rakyat kepada rakyat.Tidak kisah dengan cara apa sekalipun anda mendapatkan undi tetapi anda mesti memiliki undi secukupnya untuk menang.
Dalam sistem demokrasi,dari 9 orang bodoh tetapi amatlah kaya dan seorang yang bijak serta papa kedana,sistem akan mengangkat salah seorang dari orang-orang bodoh tetapi amatlah kaya itu.Orang yang bijak serta papa kedana itu hanya memiliki kebarangkalian 0.00000009% untuk menang.Maksudnya orang bijak serta papa kedana itu mustahil untuk menang sehinggalah kesemua orang bodoh tetapi amatlah kaya tadi mati...
Jadi,adakah kini kita menjadi pencatur atau kita sendiri dicaturkan?
orang yg bijak walaupun miskin masih mampu berfikir. tidak salah menyokong mana2 parti asalkan kita tahu jujur piagam yang didokongnya. perhimpunan hanya akan menimbulkan fitnah dan dakyah. walaupun seberat mana menerima fatwa menghentikan perhimpunan maulud nabi satu waktu dahulu, akhirnya dengan perlahan kita sedar akan lojiknya.
kita rasa kita dapat pahala dan kepelbagaian faedah dari perarakan itu namun apabila mengetahui hukum hakamnya barulah kita akur akan penghentian itu. begitu juga dgn suasana sokongan politik kita. himpunan yang kita rasa perlu ada itu sudahkah kita timbang akan implikasinya? lojiknya? pls betulkan bearing abg jika abg tergelinjir.
hak mana yang telah hilang
hak itu yang ingin dibilang
dicari cari mana gemilang
hehe.. ok x abg? haha
ermmm... perhimpunan dibuat hanya untuk mengemukakan tuntutan, (tgk link)
http://bm.bersih.org/?page_id=2673
sebenarnya, rakyat terpaksa/ terdesak untuk membuat tuntutan ini kerana sudah tiada cara yang berkesan untuk memberitahu kerajaan mahupun rakyat mengenai ''8 perkara'' tuntutan yang dibuat
mengapa perhimpunan bersih?? sebab ia dapat memberitahu semua orang mengenai tuntutan yang dibuat...kl tidak dengan cara ini, cara mana lg yang lebih sesuai??? tulis surat??
ps:berkuburnya demokrasi bermulanya pemerintahan kuku besi
menilai pemerintah
saya mahu bandingkan Tuan Guru Nik Aziz dengan Najib
Nik Aziz buat sembahyang Hajat pukul 3 pagi di stadium sultan muhammad ke-iv, penuh satu stadium sampai melimpah keluar
PM Najib buat apa-apa2 program - kakitangan kerajaan akan dapat memo menyatakan setiap kakitangan perlu hadir, jika gagal hadirkan diri sila kemukakan surat tunjuk sebab
adoyai...
Hak rkyt utk berhimpun dgn aman jelas diperakui & dilindungi oleh Perlembagaan Msia. Tiado sapo yg bulih nafikan hak ini hatta PM atau YDP Agong. No one is above the law. Semuo musti respek 'rule of law' tak kiro sapo kau. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menyokong penuh perhimpunan aman rkyt Mesir di Dataran Tahrir bg menjatuhkan Husni Mubarak.
luangkan masa jap tgk link ni...
http://www.perisik-rakyat.com/2011/07/bersih-20-checkmate-untuk-umphorno.html
Assalam abg.mat. saya ni bukanlah bijak politik.saya tak memihak kepada mana2 pihak.tapi jauh disudut hati saya, saya sayangkan Malaysia.saya rasa sedih kerana bangsa kita dipergunakan untuk tujuan kepentingan peribadi.Baik yang memerintah ataupun pembangkan.pada saya sama saja.kenapalah kita tidak bersatu, melindungi negara kita yang dah merdeka ni dari anasir luar yang sedang menanti hari untuk bertepuk tangan melihat malaysia hancur.
Yang paling saya sedih, kenapa rakyat kita sendiri mempertikai hak raja dan perlembagaan. walau darimana keturunan bangsa kita, bila kita memijak tanah melayu ini, suka atau tidak kita sudah bertuankan raja dan sultan. saya genersi muda tak nak tengok negara kita hancur kerana pukulan tangan bangsa penduduknya sendiri..
kalau dah ada yang rasa malaysia tak bagus, tak sesuai untuk diduduki, silalah keluar dari malaysia dan carilah negara yang mereka fikirkan sesuai.
pada saya, kemana saja pun saya pergi, saya tetap sayangkan negara ini.walau hebat macammana pun negara orang..berkuasa macammanapun pemerintah negara orang..pada saya (seperti kata2 abang digambar bawah).."airkaki rajaku lagi mulia!!!"
4 Sasterawan Negara Tuntut Kebebasan Berkata, Berkarya
http://anwaribrahimblog.com/2011/07/05/4-sasterawan-negara-tuntut-kebebasan-berkata-berkarya/
Pengundi Klon ganti Pengundi Hantu?
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/07/pengundi-klon-ganti-pengundi-hantu.html#more
Sokong abg mamat! hakhakhak!
Kalau cakap pasal politik, masing2 fasih memberi pendapat, maklum rambut sama hitam, hati hak milik masing2...
Mana yang dipercaya, itu yang ditegakkan. Yang menjadikan si polan idola, segala kebaikan memang ada pada si idolanya walhal yang maksum cuma Rasulullah SAW..
Demikian kalau dah tak suka, segala keburukan akan mengatasi kebaikan. Tiada sempadan hitam putih lagi dah..
Apapun, saya sangat mengagumi politik suci zaman Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Datuk Bahaman, Mak Kilau dan seangkatan dengannya....walaupun tak pernah merasai tapi saya sanjung dengan semangat patriotik tulennya..ini wira negara yang sebenarnya!!!
setuju bang. kita bergasak sesama sendiri, mereka bertepuk trangan memerhati di tepi. pecah dan perintah.
Bn tu pun parti politik juga bang ..masa ni dia jadi kerajaan..dia nak jaga lah parti dia supaya tetap jadi kerajaan..pada masa lain parti parti yang tak menang ni..nak la perkara perkara yang akan buat mereka akan kalah jika tak di laksanakan..dan perkara 2 tu perkara yang betul bukan di reka reka..itulah demokrasi..kalaupun kerajaan BN kata dia nak jaga dari huru hara...sebenarnya itu hanya alasan supaya parti dia dapat sokongan...kalau dia tak nak huru hara kenapa UMNO buat demo juga di Penang?
modal pecah dan perintah ni sebenarnya isu yang di reka2 oleh UMNO...padahal siapa yang mengalibabakan (bagi projek kat kaum lain) projek bumiputera kalau bukan kontraktor ahli2 UMNO
abg mamat,betul tu..rileks la kalau ada yang tak boleh terima
nak buat macam mana,takkan nak paksa
lagipun abg mamat dah cakap kan yg pasal kewarasan tu, hahaha nice one
haa lagi satu, yg komen abahryan tu hanyala copy paste dan diedit ikut nafsu politiknya. kalau baca panjang lagi,lain maksudnya dan artikel tu sebenarnya turut menghentam bersih kaw kaw punya
Aku dari bangsa Melayu, Tanahairku Tanah Melayu, bak kata Laksamana Hang Tuah 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'. Cuma aku sedih melihat kita bergasak sesama sendiri sedangkan bangsa lain menjadi penonton umpama perlawanan gusti. Aku risau satu hari nanti bangsa Melayu hanya menjadi penumpang di Tanah Melayu. Cukuplah setakat ini Keretapi Tanah Melayu telah ditutup di Temasek. Mahukah kita hak ketuanan Melayu juga hilang begitu sahaja.
lihatlah aku aku warga alam moden plural. <-- ramai kenalan aku yang berkata
jgn lebih2 sudah la abam mat..saya suka abam mat..
apa ke lebih lebihnya abg ni ha. itu le yg komer bgtau abg. kita pergi la dgn pahaman masing2 dgn kata2 masing2 dan tidak memutuskan persaudaraan dgn pendapat kita itu. keluarga abg sendiri masing2 dgn pendirian masing2 bukan bermakna kita perlu tidak hormat atau putus saudara pulak kan?
nak gaduh2 pun last2 kita lak bermasam muka pedih hati merajuk nangis watper. deme kaya raya gak mana2 haluan. kita duit broadband ni pun berkira hari bila expirednya ha :-)
mamat jom jammin, dah lama tak jem lagu deulling benjo
pijor bunyinye melagu sayu hati abang mamat, ape nak di buatkan udah gitu perangey manusie, yang pandey tak mandang yang mandey-mandey melimpah-ghuah, harap-harap lepeh ni elok lah pakatnye iye
salam dari yang lame tak balik kuale
yang penting sekarang saya sedang tunggu filem ROCK OI ! ( ROCK 2 )....tak sabar rasanye......nak tanya...kenapa bang mat suka buat filem kat padang rengas?
tahniah abg mamat kerana pendapat..itu namanya kebabasan bersuara dalam menyuarakan pendapat. Bergitu juga himpunan, kebebasan bersuara dan berhimpun bukan atas nama bangsa.
Tekanan dan dakyah apabila media perdana seringkali bermain isu itu mencari meracun pemikiran penonton. Pada pandangan saya, himpunan itu tidak timbul kekecohan melainkan wujudnya provokasi pihak berkuasa.
negara barat, kita byk belajar dari sana tetapi tidak belajar bagaimana mereka menyuarakan pandangan secara bebas. Mereka byk melakukan himpunan, bukan atas nama bangsa mahupun warna kulit...tetapi negara mereka terus maju membangun atas teguran rakyat bawahan yang sentiasa harapkan terbaik dari pemimpin mereka...sekadar pendapat orang biasa.
keh keh keh akhirnya..ada gak insan yang sedor..
bang mat..dimana ada kehijauan disitu ada arang..
sokong abang Mamat
:-)
Review Filem Harry Potter And Deathly Hallows Disini
Jangan ambil politik kepartian sebagai agama anda kerana agama itu lebih luas. Setiap parti politik ada buat salah dan silap. Bersederhanalah.
saya minat man kadir a.k.a pak jabit
Apabila sampai akhir zaman ISLAM akan memerintah dunia....Parti mana yg jujur dgn ISLAM, dialah akan dapat memerintah.... Tak tahulah BN@PAS@MCA@DAP@MIC@PKR@PPP@dll.... Sekian...
bodo mamat khalid ni.... boikot!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment