
aku cukup cetek dalam hal politik. dalam hal ugama ibarat anak burung menganga menunggu sahaja diberi makan. apabila keduanya dicampurkan bertambah menganga muncung aku umpama burung bodoh menunggu disuap lagi.....dan aku jadi takut kerana aku bodoh tiada tahu apa yg patut aku tindakkan.
50 comments:
xpe bang mat..same2 kita blaja...tp bile org agama menangkap org agama..itu bermakna agama itu ingin di peralatkan oleh golongan2 yang tidak takut mati..
12.18 pm: KiLaT pandang belakang
menuntut ilmu tidak mengenal masa, jarak, umur mahupun waktu.
Dan aku pun bersikap tunggu dan lihat :)
manusia mmg selamanya sedang blaja..sy pon same,cam ank burong tu jgk..tp satu hr nnt sy akn terbang jgk mncari apa yg sy tak tahu..=)insyaallah..err,mintak izin masukkn blog tempurung pecah ni dlm my blog list..time kasih (^^,) http://everlast-think.blogspot.com
tapi aku ingin bilang aku sokong dr asri tapi aku tiada ilmu untuk berhujah
Bahaya juga berhujah tentang perkara yang kita tidak arif, nanti sesat.
Hummm... berhujahlah dengan hujah yang selamat, tanpa melibatkan isu agama.
Isu moral misalnya? Bole ka?
yes pegawai. itu semoleknya....tapi aku nak gak tau cerita kenapa dia di tahan! politik ka atau syarahan dia tak betul?
2.06 pm: KiLaT tengok kiri.
2.28 pm: toleh kanan
maaf utk mencelah sedikit..isu nie jd heboh sbb org politik msk campur..tp bg aku yang baru setahun jagung nie..bile mengamati sendiri apa itu fahamn wahabi...aku agak setuju dengan penangkapan ini..kita ikut mazhab shafi'e..dan d arab mmg mengikut wahabi, tetapi xramai yang btl2 setuju dgn fahaman yang di bawa...
contoh: sifat ALLAH yang 1 disamakan dengan sifat manusia (e.g: ALLAH memberi rahmat kepada manusia digambarkn dengan gambar tangan)
sedikit petikan;
Dalam Ahli Sunnah, ulamanya mengajarkan bidaah ada yang baik dan ada yang buruk, tetapi Wahabi mengajarkan semua bidaah tidak dibolehkan; talkin, berwirid ramai-ramai selepas sembahyang, qunut subuh, tahlil arwah, majlis Maulud Nabi dan membaca Yassin pada malam Jumaat.
dan banyak lg fahaman wahabi yang aku agak keliru utk percaya..
mungkin blh dibahas jg di sini;
http://juwani.wordpress.com/2009/11/10/berpegang-kepada-ahli-sunnah-elak-wahabi/
Semakin keliru dan mengelirukan
ha ah..pening dh ni...lg pening dr kna btg betik ni...hehe
woi erol..ko jgn nak pening2 bab ni..very straight forward punya isu..bak kata nasyid dedulu "walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya"...
tu jer..
batang betek
smbhyang ttp smbhyag beb...
ap kna mngena smbhyg ngn isu ni...
lg mnmbhkn pening ak ja ni...
ak nk tmbh g r sedapur..
(ckp ja xwat pn)huhu
Tu lah kalo dah rame sangat yang arif dalam bab agama jadi banyak pandangan, larangan dan macam2 lagi. Yang pening orang mcm kita yang mana betul dan yang mana salah.
Tu lah kalo dah rame sangat yang arif dalam bab agama jadi banyak pandangan, larangan dan macam2 lagi. Yang pening orang mcm kita yang mana betul dan yang mana salah.
melalui hujah2 dr. asri sebelum ini, saya juga percaya beliau seorang wahabi. beliau pernah mempertikaikan zikir selepas solat di dalam ceranahnya. sepertimana juga wahabi mempertikaikan perkara yang sama.
wallahu'alam. hanya Allah maha mengetahui.
kita perlu tahu lagi. perlu. supaya aku tidak mengangguk dan menggeleng mengikut.
8:57 pm: bila manusia fikir, risau dan rungsing sungguh2 atas besi, besi dapat timbul atas permukaan air dan melayang di udara. bila fikir atas ESTET.. maka ESTET jadi filem yang mungkin bakal menggegarkan industri perfileman. bila manusia fikir atas umat, ubah fikir dari dunia yang sementara kepada fikir akhirat yang kekala abadi. dari nilai kebendaan kepada nilai amal. dari kesempitan dunia kepada keluasan hari akhirat.. usaha bagaimana kebesaran Allah masuk dalam hati.. insyaAllah, kehidupan ini akan dibetulkan tanpa perlu kita sibuk berkata aku betul. empat saluran.. mata lihatlah, telinga dengarlah, mulut bercakaplah dan otak fikirlah kehebatan dan kebesaran Allah (Zat Allah untuk diimani bukan dikaji.. macam mana tangan, kaki dan sebagainya).
KiLaT
~ish... terUstaz pulak. gua bukan alim. iman lemah kena buat usaha atas iman.~
pengomen dlm ni kebanyakannya xtahu ape itu wahabi...kesiannn...pastu nk tunjuk pandai mengomen...so yg pandai ialah mamat khalid sbb die tau yg die xtau,dats why die xkomen pape...hahaha
nwa
11:00 pm: gua istihar gua tak pandai. yang pandai yang kat atas.
~KiLaT~
awas orang atas melintas
berkongsi lah apa2 saja dgn aku. aku terer sebenar benarnya. dan engkauorang pula lagi terer. no doubt. aku juga taktau byk. engkauorang pun serupa juga. no doubt to that too!
kita kongsi kita kumpul info dan kita pikir sama2 la. yg sikit boleh jadi byk yg salah boleh jadi betul. atau semua terbalik!. yg penting kita organik....
abg mat, gua tarik diri. bukan takut kena tangkap... tapi takut silap.
~KiLaT~
silap-silap kena tangkap.
la apsal xckap dr td smua xtau ap ni...ok cpt spa yg atau tu nk tnya ap cpat silakan..
kaunter pertnyaaan dibuka...
2 soalan singgit...
pasal agama... turun tangan.. admit tak pandai sangat.. so lebih baik cakap tak pandai dari buat2 pandai..
out of speakers..
who's right???? who's false???? headache betol ar..
so daripada headache better tak yah masuk campur.. but still thinking.. sebab tu ilmu penting..
setinggi mana pun kau berada kalau ilmu tu takde sebagai pegangan memang tak guna..
...awas dengan tangan-tangan yang tidak kelihatan dalam isu ini ya..kadang kadang isu yang menangkap minda masyarakat sengaja dipasang loud speaker untuk orang tak dengar lagu lagu sumbang yang sedang keudara..
lagi satu tidak salah berbeda pendapat sebnarnya, cuma silap dengan wahabi ni depa kata orang lain salah dan depa itu betul. Contohnya adalah menjadi kesalahan (dibaca tidak boleh samasekali) membaca wirid selepas sembahyang, dan doa' kunud subuh. Pergilah ke ngeri Indera Kayangan tentulah tuan tuan menjadi makhluk asing dicelah dewa dewa jika mahu berwirid.
itu jer
Batang Betek
*pasal huduh sgt nama aku ni*
Masalahnya org Islam semakin jauh dari memahami Al-Quran dan Sunnah. Check dalam rumah kita, ada Al-Quran dan tafsir? Ada kitab2 Hadis? Dalam sebulan berapa kali majlis ilmu kita hadiri? Saya sokong ustaz Asri sebab hujah beliau punya nas dan dalil yg sahih. Kenapa perlu keliru, Islam itu mudah dan jelas dari Rasulullah saw. 'Islam itu datang dalam keadaan asing, dan akan kembali menjadi asing, berbahgialah orang2 yg asing'. Selagi diatas jalan yg berpandukan Al-Quran dan Hadis Shahih, itulah jalan yg lurus. Dan satu lagi org melayu Malaysia kena tau, bertukar mazhab selagi dlm ahlussunnah waljamaah itu hukumnya HARUS manakala bertaklik hanya pada satu mazhab boleh membawa kepada taklik buta dan hukum taklik buta itu HARAM. Wallahu'alam.
abg mat,
boleh rujuk blog ni untuk info kenapa asri ditangkap dan apa itu aliran wahabi
al-fanshuri.blogspot.com
dah lama sbnarnya ulama kita memerangi secara senyap golongan ni.dah beratus tahun cuma sekarang ni mereka berjaya sebab duduk diblkg ahli politik.
aliran ini lahir dari keturunan orang yang menegur rasulullah ttg pembahagian harta perang.
terimakasih. sudah mula mentelaah atas link tersebut. ada tak link wahabi pulak? haha
tekezoot ni sesekali datang bukak silat terus tekezut aku! :-)
Selam dalam2 sampai cecah dasarnye...mencari merabe didalam terang kelak pasti jumpe pangkalnye.
Dulu waktu jd mufti perlis,kuliah beliau di perlis fm..fuh! Cuak je dengar. Antaranya - ambik air sembahyang xperlu baca bismillah, kalau ikut imam2 lain selain ahlul sunnah wal jamaah blh keluar dari islam. Cuak saya dgn fahaman dan 'chameleon' karektor beliau.apa2 pun hati2 lah ye.secara peribadi..bg saya dia bkn ulamak,tp satu2nya manusia yg saya pasti tolak!
Abg Mat, cuba masuk saifulislam.com, situ pun boleh tahu serba sedikit dan mungkin dapat gambaran.
beliau sahabat lama Dr. Asri sewaktu belajar dulu.
sudah mula perlahan memahami sikit2. terimakasih. namun takkan surf intrnet sama dgn bertahun manusia mengkaji.....
abg. mat & lain2 :
sila lah ker website dr. asri sendiri di http://drmaza.com. Di bahagian akidah dia ada membuat satu artikel yang bertajuk "Katakan Tidak Pada Wahabi"
p/s : utk penilaian saudara2 semua
Ummat ini adalah ummat yang satu tidak kira dari mana asalnya samaada seperti dari Timur atau Barat, putih atau hitam warnanya, apa sahaja bahasa ibundanya dan seterusnya.
Bangsa, warganegara atau bahasa hanyalah untuk berkenalan-kenalan, bukannya sebagai tembok pemisahan. Setiap insan lahir dari setitis air yang hina dan nanti tubuhnya akan menjadi bahan makanan ulat-ulat. Sebegitu juga, tidak kira apa bangsanya, darah yang mengalir dalam tubuhnya tetap sama semuanya berwarna merah.
Kekuatan ummat ini adalah bila ia dapat bersatu dibawah satu hati dan fikir serta mempunyai maksud yang sama iaitu untuk bagaimana mendapat kejayaan dunia dan akhirat disamping bantu-membantu antara satu sama lain.
Sebaliknya bila ummat ini berpecah-belah, tidak bersatu hati dan fikir disamping masing-masing hanya mementingkan diri sendiri, maka mudahlah pihak musuh menghancurkan ummat ini satu persatu. Sebagaimana kisah sekumpulan lembu yang terdiri yang berbagai-bagai warna, ada yang berwarna hitam, merah, perang dan yang bertompok-tompok, hidup bersama-sama disuatu kawasan padang rumput. Manakala terdapat sekumpulan singa yang sentiasa cuba membaham lembu-lembu tersebut.
Namun, bila setiap kali singa-singa itu menghampiri lembu-lembu tersebut, lembu-lembu tersebut akan beratur bersebelah-sebelahan menghala tanduk mereka kearah singa-singa tersebut. Dan ini menyukarkan singa-singa tersebut untuk membaham mereka.
Suatu hari, datang seekor singa secara sembunyi-sembunyi menghampiri salah seekor lembu tersebut yang berwarna perang lalu berkata, ` Kamu ini cantik berwarna perang, tetapi mengapa kamu hendak bersama lembu-lembu lain yang hodoh warnanya´? Bila mendengar kata-kata sang singa, lembu yang berwarna perang merasa megah akan warnanya dan mula mengasingkan diri dari lembu-lembu yang lain.
Hasutan-hasutan dilakukan dikalangan para lembu sehinggalah akhirnya, masing-masing mengasingkan diri dan ini memudahkan singa-singa tersebut membaham lembu-lembu tersebut satu demi satu.
Sebegitulah ummat Islam hari ini, berpecah-belah atas nama bangsa masing-masing, negara masing-masing, taraf masing-masing dan seterusnya dan ini memudahkan ummat Islam hari ini ditundukkan sebagaimana suatu waktu dahulu dijajah sewenang-wenangnya.
Lantas dari itu, usaha agamalah usaha yang utama yang dapat menyatukan kembali ummat ini dibawah satu hati dan satu fikir. Disamping dibawah satu kerisauan iaitu bagaimana setiap insan dapat selamat dari azab api neraka Allah, juga bagaimana rahmat serta hidayat dari Allah, diturunkan kepada setiap insan dan jinnat diseluruh alam.
~KiLaT~
sorry termenyampuk lagi
gua petik ayat peng'komen' dalam blog Tun M tanpa gua ubah satu huruf pun.
Salam TUN..
Alhamdulillah,saya masih diberi kesempatan utk memberi komen dlm blog TUN.Sesungguhnya isu yang dibincangkan ini adalah satu isu yang amat panas ketika ini.Ramai yang menyalahkan JAIS kerana tangkap DR Asri tanpa asas dan bukti yang kukuh.Seperti maksud kata2 TUN, mungkin oleh kerana Dr Asri tidak sependapat dengan kebanyakan tokoh agama di negara ini (termasuk mufti-mufti)dia ditangkap.
Namun,tahukah TUN mengapa sebenarnya JAIS menangkap Dr Asri,ataupun mengapa kebanyakan ilmuan Islam di Malaysia tidak menyukai beliau?
Ini kerana beliau bukan sahaja berbeza pendapat dengan para ilmuan Islam dinegara kita,tetapi telah banyak membawa ajaran menurut fahamannya sendiri.Beliau memang membawa hujah-hujah al-Quran dan Sunnah akan tetapi beliau tidak mengeluarkan hukum daripada ke dua2 sumber hukum Islam tersebut mengikut kaedah usul fiqh dan istinbat hukum yang betul. Tambahan lagi dari sudut kriteria sebagai seorang pengeluar fatwa,beliau belum lagi layak utk menjadi seorang mujtahid.Beliau memperolok-olokkan guru2 agama di zaman dahulu sedangkan ilmu yang disampaikan oleh mereka yang terdahulu adalah berdasarkan waqi' ketika itu.Autoriti beliau pun bukanlah sebenarnya dibidang syariah.Mempunyai latar belakang pendidikan B.Arab dan hanya mengambil sebahagian subjek syariah dan berkelulusan PhD adakah sudah cukup layak untuk menjadi pengeluar fatwa.kalau macam tu ramai lagi yang boleh dan lebih layak dari beliau.Adakah TUN rasa pengalaman beliau dibidang ilmu sudah cukup layak untuk bergelar seorang mujaddid?Kalau ya,atas dasar apa? Atas dasar beliau boleh mengeluarkan pendapat2 yang lain cikit dari org lain?begitu?....
Bukan itu sahaja,beliau mempertikaikan banyak amalan-amalan agama dinegara ini dengan logik akal beliau sahaja.Contohnya bacaan yasin bginya adalah tidak rasional kerana mana munasabah pahala yang kita baca dari yaasin itu sampai kepada orng mati.Kalau begitu masuk syurgalah semua orang.Upah semua orang untuk baca Yaasin bagi pahala utk si mati.
Kemudian talqin itu mengarut jugak kerana katanya yang menentukan si mati blh menjawab mungkar nakir adalah iman,bukan talqin.
Sedarkah dia bahawa dia berhujah dengan logik akalnya semata-mata.Kalau Yaasin tidak sampai kepada orang mati,tak payahlah buat solat org mati.Kenapa dia tak cakap macam tu?KIta juga digalakkan berselawat untuk Nabi s.a.w. supaya dapat syafaat darinya diakhirat nanti.Nah,kalau pahala solawat tidak sampai kepada Nabi yang sudah wafat,buat apa kita baca solawat?Dia baca atau tidak kitab RUH karangan ibnu Qayyim al-Jauziyyah?Kalau orang yang dialam kubur (barzakh) tidak boleh mendengar suara kita yang masih hidup,buat apa kita solat memohon keampunan utknya,dan buat apa Nabi s.a.w memberi salam kepada ahli kubur?Sebab itu dibacakan talqin sebagai peringatan buat yang hidup dan yang mati.
Ulama2 memang khilaf dalam hal ini,tetapi dalam kekhilafan ini,tidak harus baginya untuk memperlekeh-lekehkan amalan kebanyakan umat Islam di Malaysia ini.Itu bukan satu disiplin yang baik untuk ahli akademik sepertinya.
Banyak lagi kekeliruan fahaman beliau yang tak dapat diluahkan disini.Harap Tun dapatlah membuat analisa tentang hal ini dan jangan membela sebelum mengetahui perkara yang sebenar.
Akhirnya,bolehlah dibuat kiasan begini :
JAIS tangkap DR Asri bagi membendung fahamannya yang boleh memecah belahkan umat Islam di Malaysia
sepertimana
ISA tangkap kumpulan2 yang membangkang kerajaan dengan kuat (suatu masa dahulu,ada juga sekarang)bagi membendung fahaman mereka yang boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional
Kalau ISA pun boleh dihalalkan UMNO dengan alasan membendung,apakah JAIS tidak boleh menahan seseorang dengan alasan yang sama,tambahan lagi untuk membendung fahaman aqidah yang merbahaya kepada umat Islam???
Harap TUN dapat fikirkan.
Maaf jika TUN tersinggung.
Wallahua'lam bissowab..(Allah lebih Maha Mengetahui apa yang betul dan benar)
~KiLaT~
apasal gua sibuk hah??
bekas mufti pun kena tangkap sebab bagi ceramah
macam2 skrg
This people got so much to say.. it's true.. we just human.. and as a human being we are not perfect..
ya lah... gua pun rasa lama-lama kita akan melalut. ataupun kita melalut lama-lama. yang penting kita kena muliakan semua sedara muslim kita kerana dalam diri setiap muslim ada kalimah syahadah yang sama. sama2lah kita muhasabah diri masing2 dan gua lebih2 lagi lah. sama2 kita doa. mana yang silap gua mintak mahap. gua manusia biasa.. kadang2 yang selalunya, banyak cakap banyak silap (gua ler tuh). raya dah dekat. selamat hari raya aidiladha buat semua. jemput mai rumah gua kat putrajaya darulaman. raya pertama aja. raya kedua gua kat luar malaysia.
~KiLaT~
Fakta: secara purata Malaysia menerima KiLaT sebanyak 280 hari setahun.
caya la kilat..dulu ko main Kelab Kilat pakai jc no berapa..?...hehe lawak bro..
ha mamat camner "satu kedaran aku" tu..
Batang Betek
mula sedor sikit....
OOoooOOoooooOooo... membaca dan membaca lagi membaca...
Tq bg sbb mensyen menda nie.. buleh juge numpang berguru
saya slalu follow dr asri.
bg saya.dr asri dia sifat terbuka dan mengikut arus kemodenan..
dan jika saper baca artikel dia,dia kuarkan bukti,contoh kalau dia cakap hadis nabi,dr asri akan cakap dari kitab apa,muka surat brapa..dia cakap dgn jelas.
bg saya apa yang dr asri cakap tentang bacaan yassin kepada si mati adalah benar,penah kah kita baca hadis nabi berbunyi mcm ni
bila seseorng itu meninggal maka terputuslah amalannya kecuali anak yang soleh,sedekah dan ilmu yang manfaat,
kalu kita fahami btul2 terputuslah amlan kecuali!! anak yang soleh,kat sini hadis ni kita leh paham hanya anak2 si mati,sedekah ,danilmu yang bermanfaat je tak terputus,jadi anak2 yang soleh n berdoa kepa simati baru di terima...
seperti contoh
kes kematian kenapa masa sembahyang mayat keluarga perlu bagi kepada orng yang sembahyang nasi,kain,duit?
itu membebankan kuarga si mati,mengeluarkan duit kuarga itu untuk menyara anak2nya..
spatutnya kita yang tak kehilangan ahli kuarga menolong ,bagi sedekah,bukan suruh ahli kuarga tu kuarkan duit.
bg saya betul apa yang dr asri katakan..
penangkapan dia bg saya ada unsr politik sbb dr asri ni seorang yang berani untuk mengatakn sesuatu,tak kira siapa,kalu yang salah tetap salah...
dan mungkin itu sbb konpirasi berlaku..
kalu abg mat follow dr asri n artikel dia.abg mat akn tau siapa dia..
islam mengikut zaman...nabi pernah bersada 'pelajarilah memanah,berenang dan menunggang kuada'
sama je kita menaiki kereta,belajar mengunakan pistol
cuma zaman nabi kuda masa tu adalah kenderaan yang paling laju,memanah adalah senjata yang hebat,
sama seperti dr asri dia cuba keluar kan kita dr pemikiran yang lama,yang agama mengikut peredaran zaman dgn tuntutan agama islam...
abang mat leh tgk web ni
www.darulkautsar.com
saya harap dgn blog ni abag mat dapt sedikit ilmu dan memahami..
asslamualaikum
abg mat silap.web
www.darulkautsar.net
terimakasih. byk dapat kefahaman ni
abg mat bloging la lg pnjang2 ckit...bru best nk bca..huhu
aku pening baca komen-komen diatas dari baca blog abg mamat...
abg mamat,, aku pernah dengar seorang tua berpantun pada aku:-
"paku bukan sebarang paku,
paku berasal dari seberang,
cari aku didalam aku
aku berada ditempat yang terang"
----- lalu aku terus mencari nya abg mamat...jom lah cari sama-sama tanpa perlu berbahas apa-apa seperti diatas kerana kita tidak bertauliah har har har...---
ok, amacam filem malaysia abg mat?
Post a Comment