abadikan dalam kepala sentiasa

abadikan dalam kepala sentiasa
genocide rakyat palestin

Monday, July 13, 2009

semalam di bukit tinggi


minggu lepas aku menghadiri satu permukiman. perkataan itu sangat asing bagi aku walaupun aku suka mengumpul perkataan melayu baru maupun yg lama. permukiman di sini ertinya retreat. seperti retreat ke sebuah lokasi untuk tujuan berkerja atau bermesyuarat atau berbincang. permukiman di bukit tinggi yg aku hadiri ini adalah untuk diperdengarkan serta berbincang mengenai dasar filem negara.

finas telah membentuk dan mengkemaskinikan dasar yang sedia ada dan pada hari itu ketua pengarah finas telah membentangkannya. aku mendengar saja.ramai pengarah dan penerbit filem termasuk wakil persatuan2 yg terlibat dgn seni budaya menghadirkan diri.

tidak perlu aku mencatitkan apa yg yg diperbincangkan serta sipolan mana yg bijak dan pandai di hari itu kerana semuanya aku lihat mempunyai gerambit di saku masing-masing. namun aku gembira kerana u-wei dan adflin turut serta menandakan mereka juga ambil berat dgn bertanggungjawab terhadap pembikinan serta masadepan filem tempatan. ramlan sulong teman seperjuangan animasi aku juga turut hadir sepatutnya teman sebilik aku tetapi dia terpaksa tumpang bilik sebelah kerana aku tidor mati tidak sedar laungannya menyuruh membuka pintu kerana beliau keluar untuk berminum fanta grape bersama peserta yg lain.

rumusannya aku berterimakasih kerana ada agensi kerajaan yg mengambil berat di dlm halatuju dan sokongan yg kuat pada dunia perfileman negara dan entry ini pendek menandakan harapan aku yg pendek terhadap apa yg diperbentangkan beliau itu........

15 comments:

ZARA 札拉 said...

semoga apa yang dibentangkan dapat direalisasikan dan buak sekadar sesuatu yg retorik~

pye:rudz said...

ada la benda yang mike tak berapa setuju tu.

G'Zain said...

Salam Abg Mat,

Tahu tak last year wa gi sini gak for company budget retreat with other DH and wa ada cerita ngeri, wa takkan ulang tido di Bukit Tinggi. Anyway Congrats u have done something for our film..Moga Abg Mat terus berjaya dan diberkati

Ajami Hashim said...

fanta grape???

i like fanta seteroberi!


gud lak tuan! ;-)

mamat khalid said...

zara - itulah tujuannya

pairuz - boleh tau ek :-)

1love - amin sgt amat

gzain - abg pun jumpa hantu kat situ. hantu org pilem haha

jamil hashim suka minum laici tak?

LaNMumet said...

Tunggu n lihat...Harap2 bijak pandai jgn ada kepentingan tersendiri... tidak adil!!!

fanta grape + Laici best o...

hanaahmad said...

Salam abg Mamat Khalid. Saya Farhanah pelajar tahun akhir Bacelor Komunikasi Penyiaran UPM Serdang. Saya sedang menyiapkan tesis bertajuk PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP KUALITI FILEM TEMPATAN BERBANDING FILEM BARAT: KAJIAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR. Jadi, memandangkan abg Mamat Khalid merupakan seorang penggiat filem tanah air saya ingin meminta sedikit pendapat abg Mamat Khalid sendiri sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam dunia perfileman. Itupun jika abg Mamat Khalid mempunyai kelapangan waktu. Jika sudi emelkan pendapat abg Mamat Khalid ke farhuntnah87@yahoo.com
Segala kerjasama yang abg Mamat Khalid berikan sangat2 saya hargai.

Jarr said...

Abg mat,

sependek mana entry abg mat jangan abg mat sama kan harapan abg yg pendek gak tuh...
tu seme retorik dunia perpileman melayu yg penuh dengan kata kata manis...perjuangan harus diteruskan...

mereka yg tak paham dengan keadaan dan memikirkan keuntungan dari hasil dan mesej sebuah karya tuh yg buat abg mat macam rasa sklempes kot...

persetankan.ade misi yg perlu abg mat sudahkan...mcm Jefri Zain.

ahha

Pegawai Khalwat said...

Gerambit sama dengan kerambit ka?

Sebab dalam Kamus Dewan jaket merah tak ada pun gerambit.

Psss.. Mamat Khalid telah membuatkan aku buka kamus ooooo....

SarjaN yO said...

abg mat...terima kasih diatas kesudian abg mat hadir ke sesi tyngan international short kat puncak perdana semalam...semoga hbngan TEKA dgn seniman akan lebih erat...

Pak Chu Car (Apih) said...

Dasar saje yang dibincangkan yewh.. kemana gi nye permukaan :P terlebih sudaaaa

Vee Violet said...

Lama tak singgah.
Tentang nie Vee tak pandai comment sgt tp abang mamat lain ingat tau, jgn tido sampai lupa nak kasi roomate masuk bilik...
huhuhu

tegezoot said...

rajin singgah la blog saya, ada info teater kecil2an dipulau.

Anonymous said...

Cemara Jingga :-
ish, kata nak berenti merokok...bidaah aje :)

atelier said...

saya dulu praktikal kat FINAS.. bahagian unit produksi.. best..