abadikan dalam kepala sentiasa

abadikan dalam kepala sentiasa
genocide rakyat palestin

Friday, July 3, 2009

malam ini penuh harapan

cuba komer fikir ingat tak komer pada hari2 yg menjadi titik perubahan besar dalam hidup komer itu. aku ingat. seperti di hari pertama kali dalam hidup ini aku pergi menonton wayang. 1971. tahun itu ramai dari komer masih bawang lagi kan? tak nenguk dunia lagi. sinaganaga pun baru pakai lampin kain batik.

masa itu aku di dlm darjah dua. satu kampong riuh dgn cerita hindustan pasal gajah. aku curiga sungguh. pasal cerita gajah makcik tu tgk sampai 3 kali! tak paham gamaknya. kecurigaan aku membuahkan keberanian. keberanian untuk memintak kebenaran dari arwah bapa ku untuk aku pergi menonton wayang. dan dapat sekiranya membekalkan aku sedikit wang. sedikit sangat sudah bermadai kerana aku sudah berpakat dengan jiran aku rosli yg setahun tua dari aku untuk berkongsi tiket. zaman itu tiket paling depan 65sen dan dulu2 budak kecik boleh kongsi satu tiket 2 orang! tapi itu di tahun 60an. sekarang 70an. boleh ke lagi kongsi aku gusar.

keinginan aku itu tinggi. tinggi dalam erti jika aku dibenarkan pergi menonton bermakna idaman aku untuk menonton wayang sudah tercapai! keinginan aku itu juga satu risk! risiko ditendang keluar panggung kerana tidak mampu untuk membeli tiket!

ketika itu bapa aku sudah terlantar di katil kerana penyakit lemah jantung kencin manis darah tinggi nya. (seingat-ingat aku bapa aku yg aku ingat sudah terlantar di katil sejak aku kecil. cuma kadang-kadang imej aku duduk dibahunya dibawa naik basikal datang mengingatkan aku pernah didukungnya pada satu masa aku sangat kecil dahulu. atau cuma imiginasi aku yg kemaruk pelukan bapa?).

beliau diam kemudian mengangguk dan menyuruh aku mengambil dabei nya. (dabei=wallet) aku ingat lagi dabei kulit berwarna cokelet itu. sekecil kecil dabei. memang dia tak banyak wang. dia memberi aku 60sen. budak berumur 8 tahun di tahun 1971 jika diberi 60sen gembiranya ibarat mendapat kontrak pembekalan kapal selam dewasa ini. ehee

aku terus mandi. rambut belum kering lagi aku sudah terpacak di depan rumah lili. lili mengatakan beliau pun ada 60sen. set! kami akan mengembara ke pekan ipoh pertama kali tanpa mengikut orang dewasa!

aku tidak ingat perjalanan bas dari kampung sg rokam aku ke pekan ipoh itu. yg aku ingat kami sudah terpacak di depan panggung grand melihat kacang putih yg ranum lemak bersari yg dijual di kaki lima panggung itu. lupakan saja kerana kami tiada masa untuk berkacang dlm keadaan permintaan yg melebihi pendapatan kami di waktu itu. definasi adam smith itu sungguh mematahkan semangat kan?

kemudian blank aku tak ingat apa terjadi seterusnya yg aku ingat selepas itu adalah kami sudah beratur untuk masuk ke panggung. terlalu ramai manusia! aku masih ingat sangat yang aku merasa cukup takut tidak dibenarkan berkongsi tiket. itu aku ingat sangat. perlahan-lahan giliran aku dan lili semakin hampir ke jaga masuk panggung itu. aku memegang tangan lili. lili berjalan mendongak berani. si jaga tiket itu mengambil tiket kami tanpa menoleh pun. kami masuk berlari sambil melompat kegembiraan!

filem yg kami tonton itu adalah filem 'haathi mere saathi'. dlm tajuk omputihnya 'elephant my friend'. masa itu tajuk melayu tak perlu kerana pembesar negara sangat suka cakap omputih.



jika aku kenang balik sangat daring budak2 dahulu dari budak2 sekarang. umur semuda itu sudah berani keluar meneroka alam. mungkin kerana kebenaran dari orang tua yg barangkali lagi muda usianya dari itu sudah mula menjelajah?

dan malam ini aku rasa seperti sedang berjalan perlahan masuk pawagam menghampiri penjaga tiket itu kembali. aku ada proposal seni filem yg sangat bermakna dalam perjalanan hidup aku . aku sudah bentangkan sebentar tadi. adakah aku dibenarkan masuk ke panggung oleh si penjaga tiket itu atau aku di halau keluar kerana belum cukup mampu? dan aku tahu ini juga adalah satu titik perubahan besar dalam karier aku sebagai seorang pengarah filem.

insyallah. sama-samalah kita tunggu persembahan di pentas dunia ini.....

29 comments:

aishah_conteng_je said...

memang ada ke cerita gajah2 camni?

seronok~

ZARA 札拉 said...

pheww~

mungkin dulu ibu bapa membenarkan kerana percaya dengan anak2, tiada anasir2 luar yang mungkin menggugat.

semoga apa yg Abang Mat usahakan berjaya, Amin~

pye:rudz said...

selamat maju jaya saya ucapkan dengan karya terbaru bang mamat.
tapi kisah nostalgia first time bang mamat menengok wayang memang meresap. fuh.

H.E.H said...

semoga impian bang mat tercapai..

kay said...

tak de benda yg mustahil..u can do it abg mat..

"haathi mere saathi"..macam pernah dengar tajuk ni..tapi tak tau lak citer pasal gajah..

bekam said...

bravo bang....

meyour said...

Ate.... itu leee ghopenyer...
yob, teman nak nanyer sikit? mase tu mike duduk sunge rokam yer?

Ape ceghite mike dgn Dato' Lat?
bukan kome adik beghadek ker?

Ceghite lerrr sikit yob?...

Khemy said...

oh abang mat saya ingat cerita ni..tapi saya tengok kat TV2 hari jumaat lepas balik sekolah (dulu tiap jumaat pukul 2 ada cerita hindustan kat TV2)..
lagu dia "chal chal mere hathi..oo mere sathi........"
memang mangimbau kenangan zaman kanak2 betul..
p/s: sorry about you bapak..saya lagi sedih, darjah dua dah takder bapak ngan atuk..

Gedung Akal said...

Abang Mat,
Yang segar dalam ingatan saya tahun 70an dahulu ialah satu Mamat yang naik motorsikal taburkan poster2 wayang. Colourful poster2 tu..maka yang mampu kami buat ialah kumpulkan poster wayang sahajalah...bukannya senang nak pegi pekanmasuk panggung. Masalah logistik bang. Tunggu wayang pacak sajalah..

artisticklytouch said...

doa aku untuk ko dan produksi filem ko bang...

Jake's Daughter said...

1971?? Tujuh tahun lepas tuh baru sy tengok dunia bang...Hahaha

mamat khalid said...

cuma terpikir rupanya tak jauh beza thrill kehidupan di waktu kanak2 dgn perjalanan hidup skrg ini. cuma tanggungjawabnya yg berbeda....

speckurosaklagi said...

mmg best kalu dpt terokai alam baru..bkn suma org berani tul x abg??ada filem baru ke abg??

ymn said...

"like" <---- mcm dlm facebook !!

Anonymous said...

iye, bilanye nak cerite pasal Dato Lat? tak bangga ke ada abang cenggitu? Terima kasih. - nini

NIZAM ISA said...
This post has been removed by the author.
NIZAM ISA said...

bang; saya rasa kali ni abang dapat masuk panggung sbb penjaga tiketnya bukan penjaga tiket televisyen.

dengo2nya penjaga tiket tu amat tertarik dengan cadangan bang mat tu. semoga mau jaya!

www.nizamisa.blogspot.com

AzAz said...

zaman tu xde cerita melayu ke? semua cerita hindustan je...

Yen Wisma Yakin said...

Kalau tak silap cite hindustan ni kat key ell main dipanggung federal...harga tiket masa tu 60 sen je.....

FreDDy O7ermars said...

tiba2 gua teringat ttg seekor gajah yg terpijak paku,meraung raung gajah tuh..

apa2 pon bobby,zanjeer dan sangam mmg terbaik

bila masuk je zaman SRK,semua film hindustan jd hancor...

Labu-Labi said...

agak2 lepas tgk citer gajah tu abg mat ade pasang citer2 nak jadi pengarah ke? kalau ye dah kire satu saat bersejarah tu..semoga sukses selalu bang mat..!

Pyanhabib said...

cikmat, lu dapat masuk panggung sebab penjaga tiketnya bukan penjaga tiket tv, ehemmm... (seludup la gua masuk panggung)

haniza said...

sayu mendegar kisah ini, namun itulah hakikat dan keindahan hidup yang tidak lagi dapat dikecapi oleh kebanyakan anak2 bangsa kita kini. kemodenan yang dihimpit kesesakkan. Malaysia juga kini sudah kurang selamat. kita mjadi takut utk melepaskan anak2 kita mjelajah tanah air kita sendiri.

FaPet said...

Slumber...mu yang wat mahal tu...

FaPet said...

Simpang Penentu posisi kedudukan kite...antare mangkok jamban..dan bangku kerusi empok seorang C.E.O.

Aidilangelo said...

Ahaha. citer ni one of my fav. Citer gajah yg sangat sayangkan tuannye. Akhirnya terkorban kerna dek ingin menyelamatkan tuannya dr ditembak.

masa itu tajuk melayu tak perlu kerana pembesar negara sangat suka cakap omputih.

ayat nie.. wakakaka!!!!

JaJOL said...

masa itu tajuk melayu tak perlu kerana pembesar negara sangat suka cakap omputih

serius bang... ayat ni best... tapi tak perlu la kot guna perkataan "masa itu". Sebab masa sekarang pon sama jugak. Tak cukup dengan tu, makin banyak pulak bahasa inggeris ciplak (insulasi, aprisiasi kolaborasi, etc).

maaf komen termelencong pula. Takde kaitan dengan seni mahupun filem. Ter"emosional" pulak bila terbaca pasal bahasa ni. Aduh... emosional tu satu lagi bahasa ciplak...

Orbit said...

Ada juga yang tidak mampu ingat titik perubahan penting didalam hidup. Mungkin keadaan hidup yang terlalu sempurna? Mungkin juga terlalu kecil titik tersebut sampai tak lekat kat dlm kepala hehe

Anonymous said...

nenak sedara sya bagi tau dia sanggup berjalan jauh sebab nk tgk cite hindustan jerk.. huhuhuhuhu sanggup mermandi peluh... minat punya pasal... :)