aku baru kembali dari shout awards. memang patut dipanggil nama itu sempena jeritan2 oleh anak2 muda yg memakai baju kot ketat dan seluar londeh yg berada di dalam stadium itu. terasa aku tua.
jurang generasi akan terasa apabila pakaian dan rock group saling tidak dikenali. tidak faham di sini bukan bermaksud tiada nilainya kegemaran generasi itu. sememangnya patut ada kelainan setiap generasi bagi faktor ekonomi dan naluri yg mahu dilayan skimanya.
aku beritahu pada afdlin yg juga turut hadir bahawa jika aku tarik mana2 seorang budak di situ yg pastinya umur beliau di kali dua pun, umur aku tetap akan lebih! aku tarik seorang budak dan bertanyakan umurnya. 24 kata beliau. ok masih kurang 2 tahun jika umurnya di kali dua. aku tarik lagi seorang. 21 kata dia. tenguk! tenguk! aku dah tua buat apa kat situ?!!?
kami ketawa dan ketawa itu banyak sumbingnya. filem aku dan afdlin di calonkan bagi kategori breaktrough movie. filem 'kami' menang. memang patut. itu filem untuk remaja. 'budak kelantan' juga dicalonkan tetapi gagal.
aku tenguk remaja yang menghadirkan diri di situ pelbagai corak pakaian dan dailog mereka. walaupun rambut mereka menjerit meminta maaf namun mereka bebas bersemangat dan penuh mesra. senyum mereka murah. naik keras pipi aku membalas senyuman demi senyuman mereka. seperti juga mereka apabila aku jumpa di masjid ketika berjumaat. remaja sekarang mudah senyum! itu satu kemenangan.
zaman remaja aku dulu lain. nak senyuman? kena boo ada la walaupun hanya silap memakai baju dari rock group lain! zaman aku dulu kalau ada konsert, fru datang dulu! takda megahnya lawan cotar fru tu dulu yop.
mungkin kalian boleh argue mereka senyum pada aku kerana aku mereka kenal. argue aku balik adalah zaman aku dulu, kebanyakan remaja apabila berkumpul tidak perlu hormat mereka yg berumur 30 tahun ke atas. sama ada kenal atau tidak! aku sendiri pernah terasa apabila tiada siapa peduli ketika seorang penyanyi 70an membuka pentas sebuah rock konsert. malah di boo sepanjang nyanyiannya......sama seperti satu generasi sebelum aku yg boo p ramlee ketika menyanyi di pentas sebuah menara gading.
kuriositi isteri aku yg ingin ke majlis itu (kerana ingin menonton jaclyn victor nyanyi kata dia) membuahkan sel baru dalam cerebrum aku yg generasi baru sedang menuju ke arah keakraban yg lebih cerah dan berwarna di sini. aku suka. aku ingin hormat itu. kali ini tinggi harapan aku....

24 comments:
hehehe...
lumrah dunia..
dimana setiap peringkat umur akan merasai sesuatu itu..
kekadang manis,kekadang pahit...
jadi terima la pengalaman tu dengan hati yang terbuka...
btw,umur saya 18.. =D
kpd remaja terbabit...jika anda adlh Melayu,jgn tinggalkan nilai Melayu itu kebelakang...
Betul tu abang mat aku dulu pernah di tahan fru masa konsert search rozana kat stadium indera mulia. Habis beg yang aku bawak diselongkarnya. Walaupun banyak kekangan dan sekatan pada zaman tu rock terus menjadi eveegreen sampai sekarang. Abang Mat jadi ke filem rock 2.Satu lagi emak aku cukup berbulu tengok aku pake seluor ketat. Sampe disoroknya seluor kau.
Aku pun temgok anugerah ni kat TV. Happening plus energetic
abang ada jerit ke?
biase ler tu yop.....zaman berubah pantai pun hancorr dipukoi ombak!!!
awak teringat lerr jugok zaman2 dimane akhil hayy and d'riyadh melepak kat t.k.k ngan super kinta...
mase tu deme ni memang 'star' kampung lerr sebab aku datang dari tempat yang same iaitu GOPENGhagen..heheheh
Tapi sekarang akhil hayy tetap berambut panjang...... dan aku xnak komen ape2....kecuali nak tanye satu soalan.....'JIJOE ALFONSO PIRERIRA ABDULLAH tu sape?
wujud ke die?????
sy nmpak bang mat tadi, tapi jauh nun di bawah... hehe...
sy sndiri segan dgn generasi muda zaman skrg... dlm ati t'pikir "ish...tak marah ke mak bapak diorg ni kalau nmpak diorg pakai camni?"
mlebih2 dari artis pun ade... adehh
abang mat 25 ni ada konsert M.nasir. Aku dah beli tiket awal-awal lagi. lama tak pergi konsert ni. Kalau tak sibut konsert search pun aku nak pergi. Power lagi ke deme ni
Abg Mat,
Zaman sekarang senyum sangat perlu untuk terapi diri awet muda gitu. Anyway new culture yang sangat perlu ada...
Salam..bang..aku malas nak guna nama ni..cuma nak komen pasal malam tadi jugalah..
Apa tujuan Sean Kongston tu datang..hahahahaha..yang aku nampak..setakat tayang muka..bagi award satu..muka ketat..
Kemudian..masa menyanyi..guna 'miming'..setakat menjerit.."puts your hand up"..blablabla..
Entah apa-apa..agaknya berapa yang 8tv bayar untuk persembahan serupa itu..pelik..tiada nilai langsung..
Macam beruk besar terkinja-kinja..baik suruh beruk je yang naik atas pentas tu..lepas tu..gunakan miming pulak.."puts your hand up"..
Entah apa-apa..strategi 8tv nak menyimpan mamat berbadan besar tu di saat-saat akhir sebenarnya sangat mengecewakan..suaranya secara langsung juga tidak seperti album..terlalu jauh..
Aku lebih mendambakan persembahan akhir Anugarah Bintang Popular berbanding..aksi monyet besar melompat-lompat dan menjerit-jerit..
Persembahan mengarut..abang pun boleh tengok sendiri..betapa sombongnya muka dia..sangat menjengkelkan..
Hentikanlah mengagumi dia..di dalam album mungkin boleh..di luar..hampeh..
Sekian..
lepas ni boleh lu buat filem "Kamu" ya bro?
salam
nuar rs bukan sebab jurang generasi malah generasi muda macam nuar pun tak "terhadam" dgn konsep 'mtv ala American' yg mmg sesuai dinamakan sbgi 'anugerah menjerit!'
nuar hanya tgk 1 jam pertama dan selebihnya tido...
bahasa kasarnya,
lebih baik mengisi slot 2 jam lebih tu menonton porno berbanding menonton anugerah menjerit tu!! *just a metaphore to show how waste of time this award turn to be!
Ku tak menonton secara detail disebabkan kurang sihat. tapi apa pun, seb baek itu pejal tahir menang..acap kali generasi muda di salah ertikan, tapi kalau membuat perkara yg salah diertikan, mahu salahkan siapa?
apa pun, filem abg dan afdlin memang hebat!
saya nampak bang mat semalam. tp jauh sgt nak tegur.
;)
bang, asal artis2 pompuan yg naik pentas sumenyer berskirt pendek? tuntutan peraturan ke tuntutan zaman??
salam.
byk sungguh ye award2 meraikan mereka ni...
Jemputlah baca entri di bawah dan lihat apa pandangan anda.
link:
http://manis18.blogspot.com/2009/07/filem-rempit-yang-seksipatut-pun.html
Terima kasih
Cemara Jingga :-
kuriositi membunuh kucing...
holier than thou devilish in nature.....
Cemara Jingga :-
err...ini bukan hang tuah, ini hercules
two thumbs up.
entri gred A.
jarang remaja dipuji kewujudan mereka.
+remaja tua+
Hari ni kalau nak tengok jurang pakaian orang dulu dan budak remaja sekarang, tak payah ke konsert...pergi shoping compleks dah cukup, terasa macam duduk di negara asing...
SofieJiekan,
kepada anonymous atas sana..sean kingston xnyany live coz sore dah x sme mayb dia dh masuk akl baligh kot..anugerah planet muzik smalam pun x sehebat ni..artis mesia yg bt konsert kt sana x mndapat tepukan meriah dr peminat muzik indonesia..
mcm aku kata, setiap generasi akan mengatakan pakaian atau musik generasi selepas mereka tak akan bagus.
Bang, buat pengatahuan abang, kami semua pernah kena tangkap dengan polis dan dibawa ke Brickfiled Polis Station pada awal tahun baru 2005 dan terus dicop golongan Black Metal sedangkan semua jenis muzik yang dimainkan kebanyakkannya ke arah positif seperti menghindarkan sex bebas, menghindarkan dadah dan menghindarkan merokok pun ada. Tapi akhirnya kami didakwa sebagai generasi pembawa pengaruh syaitan...Tak lupa juga akhbar sensasi dan media tempatan terus terusan menjaja cerita berkenaan Black Metal sedangkan muziknya walaupun tak lembut, tapi tiada unsur syaitan....malahan cerita yang keluar adalah tipu semata...bagaimana boleh sembelih kambing atas pentas sedangkan wayar letrik banyak berselirat di atas pentas? nak mati kejung ke apa?
dan sekarang, tahun 2009, semua media mengagungkan pemuzik bebas....
nampak sangat gila duit!
Post a Comment