abadikan dalam kepala sentiasa

abadikan dalam kepala sentiasa
genocide rakyat palestin

Sunday, July 5, 2009

antara melayu berakal dan melayu bersemangat. jgn sejarah silam buta berulang

maaf lagi. kerana aku bukan ingin bicara mengenai filem. aku teringin bercanda mengenai bangsa aku. jika kalian terasa bukan aku hero dalam topik ini aku akur. aku cuma melakarkan apa yang tercetus di dalam tempurung kepala aku ketika ini. tercetus apabila melayari blog2 yg menjerit dan merayu itu. blog yg menunding jari kaki serta mendabik dada lengkung akibat terlalu kerap beronani.

melayu sekarang sudah berpengetahuan mengenai hak dan kemahuan. mengenai prinsip dan masa depan. mencanangkan pengetahuan itu melalui setiap lobang peluang beranika medium. dan medium yg seronok dan puas senyum puas hati penulis2 di malam hari adalah nukilan menerusi blog.

pelbagai tajuk dan gelaran blog di layarkan. yang bersemangat sudah pasti penuh semangat warna blog mereka. yang menghentam menghiasi sendat dengan karikatur pinjaman mereka. yang merasakan diri mereka rockers sudah pasti tidak ketinggalan lirik dan bait lagu dari kumpulan atau persona penyanyi rock menjadi rujukan pojokan mereka.

bagaimana bloggers yg meminati sasterawan dunia pula? sudah tentu blog mereka dihiasi dengan madah pujangga sasterawan itu.

hak kita kan? apa yg kita nak layarkan adalah bahtera falsafah milik kita. samada semangat sosialis atau non-conformist (walaupun tanpa mengetahui perkataan ini asalnya ditujukan utk kristian yg tidak mahu akur pada keseragaman gereja) atau anarki mahupun pro monarki itu hak kita kan? menceritakan apa nak masak malam ini di dalam blog kita pun itu adalah hak kita kan? siapa antara kita yang berhak mengatakan itu betul dan yg ini salah? siapa yg berakal dan siapa yg cuma bersemangat merencanakan naluri mereka? siapa yg dapat berjaya menjajah kotak minda sidang pembaca?

setiap entry yg ditulis semesti ada niat mereka. sama ada niat itu kita ketahui atau tidak itu cuma si penulis sahaja yg mampu senyum. bagi aku, ada rasa tanggungjawab sudah bermadai utk sesiapa sahaja mencoretkan nukilan mereka. ketahui apa yang kita canangkan adalah tanggungjawab itu. bertanggungjawab dgn apa yg kita perjuangkan adalah tiang pada akal kita. bahaya makan diri sering menunggu di pintu2 yg lepa. seluas layaran cyber itu sempadannya. semua itu milik kita untuk teroka dan jajah!

dunia ini luas kata si awang pada ferdinand magellan. dan lautan itu mainan bangsa melayu aku! magellan jawab betul tu! magellan menghulurkan tangannya seraya berkata mari sambut tanganku dan kita terokai bersama-sama meneroka apa yang kamu tiada ketahui ok enrique? sambutan tangan awang itu menjadikan awang manusia hilang melayu islam pertama mengelilingi dunia dan itu membuat aku lebih berwaspada demi bangsa dan agama aku....







........dan si Lapu-lapu bangsa melayu islam ini lah yang kembali menyedarkan Ferdinand Magellan melayu jangan kamu perlekehkan lagi dgn merejam lembing maut ke dadanya.

33 comments:

one love said...

we write what we wanna write. kekadang emosi yang menguasai, kadang2 akal yang bersuara tu dan kebanyakannya, nafsu yang ditulis tu...

tapi kita tetap baca. ada yang bukak minda, ada yang kita baca, kita rasa nak ludah je kat muka dia. dan ada yang kita gelak, sedih, suka, gedik dan macam2 perasaan bila baca.

but as u said it, "tanggungjawab"; not many have it! and we can't expect people to have the same mutual feeling. pelbagai pandangan yang buat minda kita berfungsi dan berfikir. (kdg2 bagi malfunctioned juga). tapi they have caused u to write this sikit emotional+ byk rational entry. most people look up at u and jadi inspired with urs. so, i guess its ur duty (unofficially) to remind people, subtly, to remember.

so keep doing it, using ur words, sebab i know u love doing it demi tanggungjawab :)

ZARA 札拉 said...

ah, benar katamu abg Mat. kadang2 kala kita terlupa, acap kali kita khayal dalam bahtera itu..

kekure said...

When the Full Moon Rises (Mamat Khalid, Malaysia)

Noir meets nutso in this black-and-white thriller from a vital national cinema whose films are virtually unknown in the U.S. After his car runs over something on a country road — turns out to be a skeleton — a tough-guy newspaperman stops in a small town that seems to be under the curse of a female ghost and is certainly teeming with oddballs. It's the old story of the city slicker out-crazied by the remote rubes. Unfamiliarity with Malaysian film conventions may leave you wondering whether the tone is comic or melodramatic or simply extraterrestrial. No matter: enjoy the gorgeous neo-primitive imagery and the inexplicable shenanigans. We'll bet that even Malaysians were pleasantly baffled.

Tahniah bang..filem abg disebut di dalam time.com dan muncul di NY film fest..

Usaha tangga kejayaan!

Ajami Hashim said...

blogs = mental therapy.. take it or leave it!.. everyone is famous!.. huhu!

p/s: 'propa' (dlm bahasa pasar) bukan bermaksud 'propaganda'.. lalala!

situkanghambar said...

abang mat,

mari men badminton
ambil berkain pelikat.

untung2 sabut.
gondol dato.

:D

MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

You are invited to join BLOGGERS MALAYSIA™ : http://bloggersmalaysia.blogspot.com

FreDDy O7ermars said...

bolasepak negara adalah tanggungjawab kita sendiri

faizalmukhtar said...

sungguh bermentera sekali kalimah-kalimah kali ini. terima kasih, bang.

rahmat haron said...

Lapu-lapu, anak Melayu gugusan pulau Solo yg berani, diangkat menjadi wira negara Filipina. di mana2 tugu dan sejarahnya terpahat di sana.

kenangkanlah wahai brader Mamat, nasib Datuk Sagor, makamnya dihina, dibina lebuhraya dekatnya, tak berpapan tanda, cuma papan tanda ke tapak pelupusan sampah Taiping, iya makam yg tak jauh darinya tapak pelupusan sampah!

kirana nakia said...

Salam abang Mat
Sungguh dalam makna entry Abang Mat kali nie..

En Rahmat-sebegitu sekali ke keadaan makam Dato Sagor?

Pegawai Khalwat said...

panglima hitam?

FaPet said...

bro..aku bukan orang seni seperti mu..ape yang keluar dari mulut bisa buat orang terhibur..tetapi bolekah jika ko lemparkan sedikit ilmu yang aku ingin tahu?

cahaya said...

bukan panglima hitam.

sinbad..

hee.;)

betul 2 bang..

teruka ngn penulisan sebergini!

rahmat haron said...

kalau Kirana Nakia tentang keadaan makan Datuk Sagor;

silalah lawati blog Pak Yunos Lebai Ali, org Kuale Kangsar, satu2nya rakyat Malaysia, anak Melayu yg pernah menjadi gerilyawan melawan zionis israel di Lubnan, tahun2 1970 an dulu:

http://uknowsanasini.blogspot.com/2009/04/wira-malaysia-datuk-sago.html

dlm posting beliau, siap ada gambar lagi, dari jalan besar, tak ada papan tanda ke makam Datuk Sagor, kecuali papan tanda

KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH MPT (majlis perbandaran Taiping)

kirana nakia said...

En Rahmat.
sedihnya..

pye:rudz said...

bebaskan minda
bebaskan jiwa
jangan jadi lara

FdausAmad said...

Melayu pernah jajah sepanyol apa...tak percaya?

H.E.H said...

detik ini, memang ramai sekali melayu bersemangat dari melayu yang berakal...

dj nik aida said...

salam,abg Mat..kita pernah jumpa kat putrajaya festival filem..masa tu saya jadi vip usherer, lepas tu ada bercakap dengan abg psl saya dan klfm, masih ingat tak? kalau dah lupa, dgr la klfm, sekarang ni saya buat nadi kota kl je, 2-5pm, minat nak berlakon, tapi ada ruang tak? saya ada pengalaman juga berlakon sikit2, watak tambahan je. Sila lawati blog saya.

Anonymous said...

bRO...Lu ni MelAyu sgt kEr Bro.....?!!

Awang Darat said...

kalau kita bersorak sekuat mana pun yang kita telah pusing dunia ada kah yang akan mendengar selagi kapal itu bukan kapal kita dan kita hanya berada di atas nya sebagai hamba tawanan perang?

Awang Darat said...

mana dia keris yang kata nya boleh membunuh dagang lalu setahun dulu itu? yang boleh mempadang jarak padang tekukur bumi selama setahun itu? yang menjadikan lautan setahun tak berikan itu?

yang ku nampak adalah bom atom bom nuclear yang bukan setakat selautan tetapi sepuluh lautan tak berikan selama nya, bukan setakat sebidang tanah tetapi sepuluh negeri berpadang jarak padang tekukur selama nya, bukan setakat seorang dagang setahun lalu tetapi segala dagang yang akan datang tidak berdagang lagi.

dunia ini untuk mereka yang gagah. gagahnya itu pada bijak. bijaknya itu pada ilmu. ilmunya itu pada sekolah. sekolahnyu itu pada tekun. tekunnya itu pada sedar.

aku tidak nampak mereka yang sedar. yang aku nampak adalah mereka yang tidur dan bermimpi memilikki keris yang kononnya membunuh dagang lalu setahun lalu, menjadikan tanah padang jarak padang tekukur, menjadikan lautan tak berikan.

mamat khalid said...

gua melayu. ada masalah ke bro anon?

paeh said...

tulis lah lagi

Anonymous said...

bYk sgT bErCakap BerDegar-dEgar Sana Sini mElayu....Lu pn Wa tGk Mcm Tu gaK...MelaYU apa...sEtakan BijaK panDai.....

wa Tau la Lu BiJak....

lU dah KaweN?..aNk berApa?bIni Satu Ka duA?

mamat khalid said...

bercakap apa yg aku tau anon. bijak tu jauh dari api. kawen satu anak lima. mcm tu je la aku.

cahaya malam said...

bangga melihat melayu memikirkan denai2 yang bakal di lalui oleh generasi melayu yang akan datg..

sygnya..
pemimpin melayu asyik memikirkan gunung2 wang untuk ank bini mereka..

Faisal Asyraf said...

nampak macam ada komen provokasi di atas tu abang mat.

Faisal Asyraf said...
This post has been removed by the author.
neo said...

patut tarik pulas tali perut mereka2 yang lupa matlamat perjuangan tu.

Anonymous said...

umbut2X nyor
belalang kedek2x
sapt mulot hingor
orhgang itu kena cubit

mamat khalid said...

melayu ni unik.

Orbit said...

Tidak ramai yang rajin merenung sejarah.Lebih ramai yang ingin mencipta sejarah baru .sedangkan sejarah lampau sentiasa berkait dengan zaman semasa. Sejarah bukan sekadar untuk dibaca tetapi pemberian pengehtahuan percuma daripada orang lampau