
aku rasa terkejut apabila dr mahadi menggamit aku ketika berjumpa di perhimpunan mahkota di jb baru2 ini. jelingan sepet mata jawanya seperti memberitahu aku supaya bersiap sedia. kamu sedang berhadapan dengan seorang pengarah scholar. pengarah yang sudah masak dengan arus lembut deras dunia perfileman tanahair. pengarah totalitarian. (ya! aku juga ingin menjadi seperti dia bisik kepala aku tanpa perlu sesaat memikir).
'aku nak mencari pemikiran mamat khalid!' herdik beliau. orang jawa memang kuat bahasanya. aku angguk separa takut. takut berhadapan dengan otai. beliau menulis sesuatu di atas kertas tisu lalu menujukkannya kepada aku. aku bongkok meneliti. samaada lampu agak kelam di majlis itu ataupun mata ku semakin rabun kerana usia tidaklah dapat aku rumuskan apa yang beliau tulis. aku angguk laju. (at that point kalau dia tulis bahasa urdu pun aku akan kata aku faham! berani bantah?) beliau senyum di hujung bibir dan beredar.
aku bertanyakan pada ramlan yang duduk di sebelah aku. lan mengatakan beliau nampak 3 judul dari filem aku tertulis di atas tisu itu tadi. aku rumuskan dr mahadi ingin memperbincangkan secara scholar filem2 itu. ketika itu joey menyanyikan lagu 'keunggulan cinta' di atas pentas. aku mengalihkan pandangan. filem 'ROCK' berputar di kepala ku.......
*tarikh adalah 15hb sept. sila datang. ada berani?
8 comments:
ya! sudah di-iklan-kan serata tempat!.. komisen 5% ahaks!
ajamihashim
bicaraskrip
filemestet
forum.cari
malaysian-cinema
kalau tiong hin punya ajami lajuuuuuu je promo ehee
Sy bdk ASWARA..
cmne nak join ni..?
bole ke?
(tak puas aritu dgr celoteh abg mamat di ASWARA. Sy dahagakan lg ilmu dr mamat ni..heheh!)
pukul bape start?
bole bg detail..?
datang je! terbuka utk semua. di finas 15hb september. dari jam 4 sampai 6.30 kut sebab kalau lama2 sgt nanti lapo ya amat lak para hadirin.
erm.. brader TH marah nnti, tatau!.. larrikkk!!!
p/s: i akn burn-kan dvd interview KMBM tapi sapa dulu dia dpt laa.. komisen lagik 5%! ahaks!
salam...
mana satu yg betul
10 sept or 15 sept
Alamak! Audit pun nak datang cek hari tu jugak!
masa ni lah yg buat frustnya...
tau2 balik outstation benda dah selesai... (kempunan)
ESTET pun dah habis kena cantas semua buah sawitnya.... harus bakar panggung!!!
kecewa lagi...
ke Pekan Lama (oldtown) minum Kopi Putih (white coffee) yok???
Post a Comment