
ya pihak bank telah menolak permohonan aku dgn sebab-sebab yang sangat mengejutkan industri kain batik papua new guinea! sangat membingungkan alasan yang mereka berikan. mungkin mereka tak kenal dengan kerja-kerja aku sebelum ini. tidak mengapa. its always us yang tidak betul jangan sekali-sekali menyalahkan orang lain. itu reaksi pertama aku. jangan menunding jari. mungkin baju aku tidak mengikut ukuran badanku. mungkin tarian aku yang sumbang di atas pentas yang sama ratanya....
mungkin kerana aku tidak glamer dan sangat low profile menyebabkan kehadiran aku di dalam dunia perfileman tidak dirasai mereka. so how now brown cow? Jib EP aku menangis! dia terkejut dengan penolakan permohonan itu. segala kederat, keringat dan wang ringgit telah dilaburkan banyak bagi menyiapkan 60% peringkat pre-production. finas dah approve dan atas ground apa mereka boleh reject permohonan itu? adakah syarikat aku blacklisted? adakah aku blacklisted tak bayar hutang kereta atau hutang along? atau hutang kat kedai runcit pak mokhtar? semuanya clear aku rasa. adakah track record syarikat aku teruk? semuanya lurus aku tahu.
semasa Jib menalipon menyampaikan berita penolakan itu, aku berada di ipoh. di rahman restoran to be exact. aku duduk dimeja barisan hadapan dari tengahari sehinggalah kedai itu tutup jam 10malam. aku bisu. aku pulang ke rumah dengan langkah yang lemah selemah reportcard anak ketiga aku!
intan isteri ku sudah menduga ada sesuatu yang tidak sempurna berligar didalam sel otak ku ini. aku terpaksa bercerita supaya tidak berlakun lagi bahawa semuanya ok. aku ingin menangis. aku ingin menjerit. aku ingin menendang dinding! tapi jika aku lakukannya di hadapan isteri aku, anak-anak aku, habislah segala keharmonian zen/ying&yang/sufism yang aku semai di dalam nukleus keluarga aku ini. dia cuba mententeramkan aku. semuanya ada hikmah kata intan. aku senyum mengangguk. dan aku masih berlakun rupanya...
semua yang berada disekelilingku tunduk layu. kagum dengan permainan politik cekerawala ciptaan manusia untuk mengajar semut halus siapa tuan yang perlu diampu kerandut zakar mereka. mengajar sang semut supaya tunduk hormat dikelangkang tuan penentu rezeki karyaseni! penentu nasib seniman tempang yang memerlukan tongkat magis dalam meneruskan hidup ini! tapi aku sitempang itu yang sudah masak dengan kerandut-kerandut usang menunggu masa untuk mati atau ditransfer ke branch lain. sekali bicara tangan mu, aku sudah berada di babak penghujung permainan cerita mu itu saudara seagama ku! mungkin kelangkang mu begitu berahi pada semut hitam buta akal. bagi ku, kamu cuma sehelai bulu liar yang melekat di seluardalam milik isterimu. itu sahaja. tapi marah aku marah di kotak kepala sahaja. di dalam tempurung akal, minda ku lebih matang dari usia amukan jebat. hati aku mengalirkan lebih manis darah yang di cuci. senyum ku asli kali ini.
jika api yang kamu hamburkan,hembus bulan madu aku sambut. melayu aku terlalu mulia untuk mengamuk. melayu aku terlalu tebal untuk membongkar kedaifan orang lain. melayu aku tersangat kuat untuk melatah sebelum waktu. dan kerana melayu aku terlalu kental, aku gunakan akal untuk membelai setiap tikaman yang mendatang. memang rumahku di tepi pantai dan ombak yang diduga akan terus melanda. tapi aku melayu yang bersedia!
plan B mula diatur. aku terpaksa menjadi hero memberi semangat dan harapan kepada mereka yang mengikutku. Jib mula mengumpul akal meminta jasabaik Kekwa supaya merenung kembali penolakan permohanan aku itu. seperti yang aku sebutkan di awal naskah ini, dia adalah kapten aku. kapten yang pantas bertindak. layu dan tangis jib rupanya adalah layu melayu. Bunga yang perlu layu dahulu sebelum mengembang seterusnya! (erti melayu bagi setengah-setengah manusia). dengan kehendakNya, permohonan kami direvised semula dan diluluskan tanpa perlu surat dari sirim atau tanda halal.
aku dijemput ke itali untuk tayangan Kala Malam Bulan Mengambang di Udine Far East Film Fest....all expenses paid. best! satu kurnian setelah terlalu letih dengan rollercoaster ride untuk menjadi seorang produser. bukan ingin menjadi seorang produser, lebih kepada ingin menerbitkan filem sendiri menyambut seruan kerajaan. whatever! yang penting aku menyahut kokokan ayam supaya turun ke gelanggang.
di sana, between festival dan permohonan pinjaman bank itu, aku seperti seorang ayah yang jauh di seberang laut menalipon rumah bertanyakan hal anak-anak kepada mak sedara. aku pun rasa macam tak betul je perumpamaan ni tapi takpa la. creative license. setiap transisi dokumentasi Jib lapurkan kepada aku. setiap keperluan data serta informasi yang disalurkan kepada pihak bank aku perlu tahu. aku sering berpesan, beggars cant be choosers. kita perlu akur dengan kehendak institusi kewangan kerana bukan mudah untuk melepaskan wang begitu sahaja. mereka memerlukan sekuriti atas pinjaman itu dan juga segala action yang mereka lakukan.semua pihak perlu bertanggungjawab. kan aku dah kata tadi. kita perlu jadi melayu yang bersedia!
setelah dekat setengah bulan aku di sana bersama intan, di hari aku jejak kaki pulang ke tanahair, sme telah menTT kan pinjaman itu masuk ke dalam akaun syarikat.....aku bersyukur. Jib menangis lagi. tapi kali ni tangisannya sebagai seorang pemenang.....
14 comments:
huaaa! syahdu sgt bro!
sepanjang membaca blog dan menjadi pem-blog, ini mungkin entry TOP 3 TERBAIK dalam alam wacana blog nasional.
Maka lengkaplah triloginya.
For now.
Pertama sekali, tahniah atas kemenangan abang mamat.. !! Sekarang bior mata deme terbukak beso2 sket.. hehehe..
Tak sabo rasanya nak nunggu Estet ni keluo wayang nanti.. lama bebenor rasanya since cerita Kala Malam Bulan Mengambang dulu.. btw, bukan ke ada nak buat cerita ala2 Cik Kiah tu..? nak nganto orang pegi haji ke apa ke.. cerita macam tu seronok juge.. 1 hari punya cerita.. macam2 benda berlaku..
Anyway, selamat berkarya.. tahniah juga sebab Man Laksa dah jadi cerita evergreen utk saya, keluarga dan sahabat2 saya.. macam tgk cerita Tan Sri P Ramlee.. tengok banyak kali pun tak jemu! Bukan senang tu..!!
Usahlah kamu bersedih Mat penolakan oleh bank untuk melaksanakan usaha kamu yang murni tu kerana hari ini mereka semua sudah buta hati untuk menilai yang mana intan yang mana kaca! Kalau Khairy Jamaluddin atau Petrick Lim atau Ananda Krishnan belum sempat hulur kertas cadangan mereka pasti luluskan apa yang dihajat. Itulah dia kesan kronilisma yang sedang diamalkan di negara kita ini.
Kon tetap berdoa semoga hajat dan impian kamu tercapai!
http://rp-semantan blogspot.com
CUCU TOK KEDU
So, abang mamat..akhirnya dapat le loan tu ye?
Story Abg Mat telah menyebabkan tempurung saya retak, hanya hendak menanti belah.Thnks Bro.
...Just Do!
abg baru kembali dari recharging battery ni. mudah2an bertambah sedia abg dengan dunia yg penuh syahdu ini! :-)
MOLEK rupa estet!
:)
Wah... trilogi!
macam george lucas pun ada.
chill bro!
bro mmg hati kuat.
smgt dan usha tu pnting kn bro.
jmp bro kt finas 15 sept niw.
heh.
yer
gambar yg kat atas skali tu yg plg mahal tu...
Bila Bulan Mengambang harus menjadi bacaan (tontonan) kuliah sejarah + seni di sekolah dan kampus. Orang Melayu dah dimomokkan dengan " jangan acung kerismu". Jangan gusar yang menilai karya kita mreka tak baca kitab purba Melayu tu. Kerana di kampuspun jangan terkejut, setelah 30 tahun lintang pukang dengan ilmu seni warisan - mereka akan bertanya lagi " Apa yang anda lakukan untuk universiti? " Tahniah untuk Bulan...
Jib menangis lagi malam KMBM menang lagi... dan bila abang sebut namanya di atas pentas...
Post a Comment