
TEMPURUNG PECAH: BLOG ESTET
peristiwa 'ESTET' part 1
kenapa estet? ramai yg tanya kat aku dalam banyak-banyak mikronisma kejadian alam mengapa aku memilih kejadian di estet? estet getah pulak tu. terlalu rural i suppose maksud mereka tu. kenapa tak buat filem lebih urbane sifatnya? lebih dekat di hati audience pojoknya. lebih menguntungkan pasarannya.
ya. aku juga ingin bikin filim jangan pandang dugong drift yang sepi itu tetapi suara-suara dalam hati ini selalu membisik supaya mengukur baju yang tergantung di bahu aku ini. memilih corak batik yang aku pakai seharian. supaya sifat roh karya aku itu akan aku pamerkan penuh hiburan yang aku sangat mengenalinya.
mula-mula framing estet ini melekat di kepala aku adalah ketika penggambaran filem 'Man Laksa'. in fact idea untuk filem zombi pun muncul di dalam filem itu juga! aku masih ingat lagi jam 4 pagi para ekstra datang untuk penggambaran dan mereka muncul menaiki kereta lusuh tiada berlampu di celah-celah kabus pagi! dengan perwatakan mereka yang seperti manusia separa sedar itu mengunci sebuah framing yang amat berharga. ibarat zombi laku mereka datang ke set berkain pelikat!........dan mereka jugalah yang menjadi zombi di dalam filem ZKP itu.
ketika Sathiya bersama pengikutnya bersiap untuk berbasikal di dalam satu scene dalam 'Man Laksa', ramai yang ketawa kerana keunikan mereka di dalam visual filem itu. keunikan yang sangat ordinary tetapi tidak pernah di explore dengan lebih serius oleh filem arus perdana. aku kenal dengan imejan itu tetapi aku sendiri tidak pernah terfikir untuk mengikutinya. dan imejan itu berterusan melekat di kepala ku ketika itu.
cut! dan fast forward scene di mana aku selesai penggambaran 'Kala Malam Bulan Mengambang'. apakah filem aku seterusnya? berbagai angan-angan aku layan. 'Zombi Kilang Biskut'? 'Rock 2'? 'Ngah Zain'? 'Gangga Negara'? banyak lagi yang hendak aku sudahkan ni! bagaimana dengan filem 'Tiga Pintu' collaboration antara aku, Adflin dan Aziz M Osman itu? best tu! satu filem tiga cerita dari tiga pengarah. dua gemuk satu kurus. harga tiket satu.
dan ketika itu jugalah Jib executive producer aku muncul untuk menerajui company aku. dah tiba masanya untuk aku mengeluarkan filem sendiri. Finas sedia membantu. Adflin telah menyiapkan Los & Faun nya menggunakan skim tersebut. giliran aku pula gamaknya. setelah bermesyuarat ajk tingkap di restoran pelita ss2, keputusan telah tercapai untuk menyiapkan dokumentasi bagi permohonan pinjaman dari Finas.
semuanya berjalan lancar. aku memilih skrip 'Estet' kali ini. kerana ianya banyak memberi rangsangan terhadap keakraban sesama manusia. Mungkin panel Finas akan terpikat dengan tone filem ini bisik hati ku. and they bought it! Finas meluluskan permohonan aku! indah alam dalam renungan aku ketika itu! muda mudi berpasangan!
mereka faham akan sajian filem ini aku fikir. semuanya berpusing ke arah keakaraban. antara sahabat, kekasih, keluarga dan david arumugam! seorang lagenda akan muncul di dalam filem aku!
tetapi semuanya terlalu indah jalanannya. tak mungkin sebegitu sempurna aku rasa. aku menanti galangan pertama. dan ia tentu muncul tanpa di undang. menjadi sutradara adalah perjalanan hidup aku. filem adalah makanan aku. tetapi mengepalai sebuah syarikat penerbitan bukan forte aku. nada dan rhythmnya terlalu pantas dendangannya. aku debu! semuanya memerlukan financing yang tinggi. memerlukan daya lawan berbekalkan status kewangan yang mutlak.
aku mula belajar secara cram course mengenai ekonomi penerbitan. ibarat membaca manual washing machine sahaja prosidurnya. semua itu mudah. yang periknya adalah sumber kewangan untuk memulakannya. jika Finas sedia meminjamkan kewangan untuk penggambaran, pihak penerbit semestinya mempunyai cukup simpanan untuk memulakannya. fair enough i guess. tetapi di mana aku mau mencari rm300k?
9 comments:
Can you add some more photos?
loan
"...aku juga ingin bikin filim jangan pandang dugong drift yang sepi itu tetapi suara-suara dalam hati ini selalu membisik supaya mengukur baju yang tergantung di bahu aku ini"
and u listened to the voices which is wise and genius je buat mcm tu ye tak? hehehehe
dua gemuk, satu kurus!
kih kih kih
mamat khalid betul ke ni? wah! saya paling minat man laksa!
tak sabar tunggu hasil estet..katanya banyak shot-shot menarik yang tak boleh tidak mesti diperhati.....
300k....I know u'll get it somehow or rather....
Bang.... kalau hang sanggup mai jalan sampai Tanjung untuk buat estet, aku tetap yakin hang boleh usahakan 300K tu.
Anak seni ni kalau hendak seribu daya.
Tak pun hang pinjamlah Merc exco Ganu, pajak kat mana-mana kedai.
Ha ha....
Aku aku tunggu Estet.
Psss... cerita ala purbawara yang katanya hang nak buat tu jadi ka?
peh best sey abang wat citer2 macm neh best best asr nak p estet lar keja.....bes bang..nanti kalu estet dua panggil saya berlakon bang
300k cukup murah. exco trg boleh bagi 14 kali ganda dengan harga 300k tu he he..
well teruskan buat filem yg bermutu & bertamadun bang.. Kalau boleh buatlah filem yang mempunyai nilai 'estet'ika..
pehhh! sooo emosi sy membacanya.. u rawkk bro!
p/s: utube ajami vs.brader mamat kt blog dah ;-)
http://filemestet.blogspot.com/2008/07/estet-temubual-terkini-mamat-khalid.html
anda senantiasa mengetengahkan imej Perak dlm filem anda... saya juge nak jadi spt anda...
Post a Comment