abadikan dalam kepala sentiasa

abadikan dalam kepala sentiasa
genocide rakyat palestin

Thursday, July 31, 2008

peristiwa estet part 2


ok. fine. rm300k...duit dlm poket ada rm16. hmmmph....dalam accnt bank company kalau tak silap aku ada rm764.46. masa untuk menambahkan akaun ke tahap yg lebih memberangsangkan. aku ada sedikit simpanan peribadi tetapi bagaimana ya? jumlah yang diperlukan way too high melepasi pendapatan.....

aku mula membuka buku hutang aku. aku semak sehelai demi sehelai mukasurat yang bertulisan merah itu...siapakah yang masih meminjam wang aku yang perlu mereka tebus kembali? selak punya selak baru aku perasan bahawasanya aku pula yang masih meminjam pada kawan-kawan! buku terus ditutup rapat. serapat dompet aku yang nipis ini.

macamana ya? semua studio yang mengambil khidmat kerja aku pun sudah lama menyelesaikan segala pembayaran aku. arghhh!.....kalau aku approach mana mana productionhouse macamana? aku jual skrip pas tu mengarah beberapa drama atau sitkom bagaimana? ya! itu jalan yang paling mulia. aku boleh mengumpul wang sehingga cukup untuk syarikat aku bergerak. ya! itulah caranya untuk merealisasikan impian aku itu! aku mula mengira dan jika aku berjimat cermat aku akan dapat mengumpul sehingga rm300,000! ....ya! cukup rm300,000 menjelang pertengahan tahun 2015!

makdatok! lamanya lagi! tak boleh jadi ni. kepala aku kembali kembang-kincup mencari jalan. bukan sahaja kepala aku kembang-kincup, malah segala anatomi badanku mula menjadi kembang-kuncup. sahabat rapat aku mula sedar akan perubahan gaya jalan aku yang nampak seperti menahan sebahagian anggota badan dari kembang-kincup. bahaya berjalan jika ada benda yang kembang-kuncup takut nanti kena batu karang kata orang tua-tua.

sesungguhnya aku di restu tuhan mempunyai sahabat-sahabat yang mulia. Jib, Raja Azmi, Rosham Nor, Jimi Kamal dan Hazil telah banyak membantu dari segi sokongan kewangan bagi memulakan projek estet aku ini. Jumlah yang dapat aku kumpul dari mereka berjumlah ratusan ribu! semua atas dasar kepercayaan mereka terhadap filem ini!

pengorbanan Jib dalam syarikat aku tak boleh nak cerita dah. dialah kapten dalam kapal aku. kapten yang bukan saja membawa kapal belayar jauh malah foreman untuk membaiki bahagian-bahagian yang bocor! metafora mudah untuk pembaca tetapi nilainya terlalu tinggi buat aku. kepercayaan beliau kepada kemampuan aku proven dengan penyelesaian beliau ke atas segala rintangan yang syarikat aku hadapi! satu persatu halangan berjaya beliau tangani dengan pengalaman yang beliau perolehi ketika menjadi kakitangan kerajaan pada suatu masa dahulu. aku bertuah mempunyai executive producer sepantas beliau! takpa. kami ada 19 lagi filem di dalam perancangan kami...

bagaimana dengan Raja Azmi? sememangnya dia ni kecik-kecik dulu jenis bantah barut ni! aku kata aku ingin berjumpa beliau pada satu malam dan beliau bersetuju dan kami berjumpa di warung mamak di hadapan giant bkt antarabangsa. aku memberitahu masalah aku kepadanya. dia kata banyak-banyak tak boleh pinjam tapi kalau takat rm50,000 besuk dia boleh bagi! aku dalam nada menipu mengatakan buat apa rm50,000! duit aku dah cukup dah! aku cuma mahu rm20,000 je lagi! hehe beliau bagi tempuh 2 bulan untuk memulangkannya kembali. amatlah seronok aku!

Rosham ketika aku temui untuk meminta wang bagi memulakan tabung syarikat aku ini, tidak berkelip mata langsung. ibarat memberi wang pada budak jaga kereta je tingkah lakunya! aku mengingatkannya jumlah ini terlalu tinggi! beliau hanya senyum dan menyuruh aku menandatangani surat iou tanpa setem. amat sukar aku menandatangani surat itu kerana tiada kontrak di dalamnya! jumlahnya banyak yop! keyakinan beliau menguatkan semangat ku lagi.

bagi menyukupkan jumlah itu, beliau terpaksa mengeluarkan wang dari syarikatnya untuk menolong aku! aku berjanji akan memulangkannya secepat mungkin. alhamdulillah dua minggu selepas itu aku bayar kesemuanya tanpa sebarang bunga kerana itu adalah haram menurut Rosham. aku bersetuju amat! aku belanja makan kat markesh boleh? rosham setuju dan kami makan sebanyak-banyaknya tetapi hidangan kami itu pula telah dibayar oleh orang lain! tuhan maha penyayang!

aku mula mengenali Jimi kira-kira 9 tahun yang lalu menerusi seorang teman. kami terus intim kerana cinta kami kepada seni musik genre blues. beliau seorang accomplish guitarist. kami sama-sama bargading gajah menghasilkan soundtrack untuk 'Kala Malam Bulan Mengambang'. aku rasakan kalobrasi kami unik. seunik filem itu sendiri. aku senang dengan hasil kami itu. semasa filem itu ditayangkan di Korea baru-baru ini, ketika sessi soaljawab bersama media dan penonton, mereka banyak menekankan soundtracknya yang raw dan fresh dengan penggunaan peralatan musik secara total tidak menggunakan sebijik syntesiser untuk menyudahkan sebuah sebuah filem! begitu teliti perhatian mereka. cuma juri pesta filem malaysia sahaja yang masih kagum dengan penggunaan one-man-music-show! ah takpa. itu citer lain...

Jimi juga banyak memberi sokongan dalam estet. beliau tahu dan sentiasa menunggu ketika aku memerlukan pertolongan. susah nak cari manusia macam Jimi ni. bak kata aku tadi, tuhan merestui ku....

Hazil adalah seorang jejaka kacak yang amat suka minuman laici. aku mengenalinya ketika mula-mula mengarah di Tayangan Unggul dahulu. beliau adalah Line Producer bagi filem 'Man Laksa'. di hari pertama shooting sehinggalah hari ke lima aku tidak boleh melihat gelagat beliau! sibuk! setiap masa tanya berapa can dah guna! can itu adalah bekas menyimpan filem yang kita shoot tu. jika aku ingin berkomunikasi dengan Mukhris Pengarah Fotografi aku itu, dia akan menyibuk mendengar takut aku akan meminta shot yang akan menghabiskan bajet syarikat! makan hati aku.....

tetapi sesungguhnya tak kenal maka tak cinta kata orang vietnam utara. semakin lama, kami semakin memahami keperluan dan cara kami bekerja! sehingga menganggap diri kami ini adik beradik. sememangnya kami adik beradik hingga kini. in fact beliaulah yang beria menyuruh aku shoot filem 'Zombi Kampong Pisang' aku tu untuk Tayangan Unggul. masa tu aku mula nak menghasilkan filem yang lebih arty hehe sampai bila-bila la gamaknya aku tak boleh tunaikan niat aku untuk meng'arty'kan diri...

aku terpaksa memberitahu beliau aku perlu menggunakan wang untuk filem estet ini dan terpaksa menggunakan fund yang ada dalam projek siri telemovie kami untuk menyudahan estet ini. beliau akur dan aku harap segala urusan kewangan dapat diselesaikan demi accounting syarikat beliau tidak tergendala!

aku ada menyimpan wang untuk digunakan ketika hari hujan. congak punya congak campur dengan hasil pertolongan kawan-kawan, kini aku sudah ada cukup wang di dalam bank untuk memulakan filem estet aku ini! paid-up capital aku telah dinaikkan kepada rm250,000. yahooo bayangkan paid-up capital asal cuma duahengget je hehe

dengan wang terkumpul itu aku berjaya memulakan pre-production iaini pekerjaan awal sesebuah produksi. semuanya memerlukan wang. min alip wau nun ya nun...wang! untuk menyiapkan dokumen dan persediaan lain seperti merecce lokasi dan penempahan artis sekurang-kurangnya aku memerlukan rm200,000 lagi! takpa pikirku.....semuanya sudah aku sediakan hanya tunggu wang pinjaman dikeluarkan dari sme bank sahaja lagi....ya tak lama lagi. aku mula tunggu.

tunggu punya tunggu, wang pinjaman tak sampai-sampai! yang sampai hanyalah sebuah berita yang amat memeranjatkan aku....... permohonan aku ditolak!

23 comments:

Ajami Hashim said...

bak kata org utara Sg.Manik, Tk.Intan.. "sgt inspiring katanyaaa"

..part.3 plssss!

p/s: nak masukkan suma artikel dlm "Buku Skrip: ESTET" bolehh?

Anonymous said...

Alhamdullilah..syukur kerana abg Mat masih waras dalam menyusun tapak mengejar naiwaitu yang mulia...aku hanya mampu memberi sokongan setelah hasilnya ditayangkan...Harap Estet satu filem yg ada nilai jati diri,bukan sekadar getah skerap...aku tunggu estet!!
Buih.

faizalmukhtar said...

bang mat yang aku kenal...

gigih, tekun, sabar, rajin, penuh mauduk, neo-hadhari, marhaenis, gagah dan gelojoh kadang2 bila idea mari(haha!), lepak keras, bla bla bla bla!!!

aku tetap gagah tunggu gangga negara ni. itu hari berapa round dah berdarah telinga gua duduk menghadap sambil mendengar.

Umi Mia said...

ermm..banyak dugaan rupa2nya yer nak buat filim nih...adik baru tau lah abang....

Pegawai Khalwat said...

Abang punya entri pun penuh dramatik macam cerita abang jugak!!

kaklia said...

saya ada lah salah seorang peminat setia bang mamat....sy doa kan abang berjaya....

boleh tak saya nak add blog abg kat blog list saya? akceli dah add pun....jgn marah ye bang...

areyoung said...

Saya suka sebab abg jujur. Dalam hidup tatau lah.. ;P tapi dalam karya dan entry ni, saya nampak tu : )

http://aidazura.blogspot.com/2008/01/kala-malam-bulan-mengambang.html

Ajami Hashim said...

TAHNIAH abg Mamat ;-)

anwardi said...

Mat,
Taniah bangat atas kejayaan KMBM! Duit kemenangan tu boleh lah tampung sikit produksi. Hahah gelak aku orang Bank rasa malu kerana susah sangat nak luluskan pinjaman duit untuk Mamat. Sekarang padan muka. Tak tahu mana nak nyorok.
OK bro, looking forward to your estet. Takut jugak aku nak start buat filem lawan korang.

Tok Rimau said...

Tahniah! Gua mmg suka filem Kala Malam...

Tapi feveret gua masih man laksa. Gua layan filem lu macam layan filem p. ramlee.

"Aku la gagak di rimbaa!"

Syabas!

Anonymous said...

Tahniah Abang Mamat....Best Director....you r my hero abang mamat........
tahniah

Ieda Jake said...

Abang Mamat..TAHNIAH....Org Kuale Kangso kite menang gitu....Tahniah...You r My Hero la Abang Mamat...Superb.......

kaklia said...

tahniah diatas kemenangan bang mamat....

areyoung said...

TAHNIAH!

Anonymous said...

tahniah pak mat! (ya, kau memang dah tua)

-tima

one love said...

tunggu part 3, janggut tumbuh panjang siap cukur banyak kali pun entah bila abg mamat nak tulih ha!

heheheeehehe

Mr Roy said...

"saya tengok tv masa tu tengah makan roti telur kat sebuah kedai yang agak popular kat Ampang Seremban. Tepat2 tang pengumuman tentang kejayaan KMBM.Letak sudu dan garpu...tepuk tangan tersengeh bangga melihat tv.

Tahniah Bang Mat!

Bangga jugak rasa kerana berpeluang tengok babak dlm gua tu secara life.
Terimaksih bebanyak bang Mat.

Pegawai Khalwat said...

Tahniah bang.

Jangan lupa diri tau.

mamat khalid said...

terimakasih semua. utk makluman part 3 sudah dipos tetapi terlalu open dan ada yg menyuruh abg pull it back. pikir punya pikir mmg ada eluknya abg pendamkan apa yg terkecewa dlm hidup sebagai pembikin filem. biarlah abg dah mati besuk baru orgramai akan tau cerita nyer...

Ajami Hashim said...

ermmm! edited version takdak ker bang?

mamat khalid said...

ajami punya pasal abg akan siarkan yg eco-friendly punya k!

KA said...

ye lah abg mat nak tau cerita selanjutnya plz.

cerita cari fund ni jugak bleh dibuat telemovie kan.

KA said...

btw, tahniahhhhhhhhh. suka sgt2 :D