abadikan dalam kepala sentiasa

abadikan dalam kepala sentiasa
genocide rakyat palestin

Tuesday, November 15, 2011

MAT! KAMU NAK MEMERDEKAKAN SEKSUALITI YA?

Dewasa ini (dah berkurun lamanya tidak menggunakan ungkapan ini), kita telah dikejutkan dengan peristiwa yang mengajak kita membuka minda ke dalam satu isu yang rumit. Isu mengenai tuntutan sesetengah golongan di dalam masyarakat kita yang serba majmuk ini untuk dibebaskan belungu seksualiti pilihan mereka Mereka meminta supaya kebebasan mereka memilih cara mereka mengadakan hubungan jenis sesama jenis atau dua-dua jenis ini dimerdekakan oleh rakyat dan kerajaan Malaysia.

Sememangnya satu isu yang memerlukan pengamatan yang serius dan aku pula perlu melihatnya dari kacamata seorang pengarah filem. Jika aku melihatnya dari kacamata seorang tok lebai, sudah tentu lain nahunya. Perkara pertama yang timbul di dalam mainan otak aku apabila isu ini timbul, (isu seksualiti merdeka bukan isu dari kacamata tok lebai), adalah kepada seorang pemain wayang gambar di awal tahun 50an dahulu. Kacak putih gebu orangnya menjadi hero di dalam filem-filem Melayu. Beliau gagah di layar perak tetapi lembut di dunia sebenar. Tidak berkahwin dan tidak mempunyai zuriat sehingga akhir hayatnya.. Di tahun 50an sudah tentu genre seksualiti yang berlainan seseorang itu dikepit kuat tiada boleh dipertunjukkan. Superstar Hollywood Rock Hudson pun mula keluar dari almari gelapnya di awal 80an, inikan pula di negara kita yang belum lagi merdeka ketika itu.

Apabila kelompok ini meminta supaya mereka diterima masyarakat secara terbuka di negara ini, maka ramailah yang menghulurkan bantuan 'kemanusiaan' dan tak kurang juga yang mengutuk habis-habisan akan niat mereka itu. Sebagai pengarah filem yang memerhati dan diperhatikan, aku turut ingin menghulurkan pendapat di dalam isu ini. Pendapat 2 sen kata arwah Yasmin.

Apa yang dilaungkan mereka adalah hak asasi sebagai manusia untuk bebas melayari kehendak mereka berpasangan. Cukup umur dan rela merelai. Di negara barat yang maju, isu hak memilih cara berpasangan sudah lama selesai. Kerajaan mereka membenarkan kahwin sejenis serta mereka bebas mengajak orangramai berkumpul dan berarak mengenangkan peristiwa Rusuhan Stonewall di San Francisco itu meraikan kejayaan mereka. Clinton dan Obama turut berarak tetapi kehadiran mereka itu sebaliknya memalukan pihak penganjur kerana mereka berdua itu bukanlah tokoh yang disegani dewasa ini.

Sokongan terhadap golongan ini bukannya perkara baru. Dari penghujung kurun ke 19, seorang pengkaji seksualiti eropah, Magnus Hirshfeld cuba mencabar paragraph 175 yang tidak menyokong homoseksualiti di negara Jerman dengan menulis dan meminta sokongan tokoh-tokoh ilmu dunia supaya membubarkan akta itu. Ramai yang menyokong termasuk Albert Einstein namun dengan kemunculan parti Nazi di awal tahu 30an telah melenyapkan tuntutan itu malah Hitler terus menyeksa kaum gay dengan galaknya.

Kini mereka sudah mula bosan dengan penindasan kehendak mereka itu. Mereka mahu tidak dipandangserongkan oleh masyarakat dunia dengan gaya hidup mereka yang ujud dari zaman Nabi Lot lagi. Mereka minta kelompok minoriti mereka diterimapakai oleh manusia sejagat menerusi institusi pemerintah, keluarga dan imdividu. Aktifkan hak asasi mereka sebagai manusia. Mereka ingin bebas berlari-lari berpegangan tangan di taman-taman bunga tidak di jelir oleh pengunjung taman yang lain. Mereka ingin diserap masuk ke dalam jawatan atau majlis rasmi dengan jubah peribadi mereka yang sebenarnya. Tidak mahu berfikir lama apabila mengisi borang gender lelaki atau perempuan. Harus di sediakan kotak 'yang lain-lain' di dalam setiap borang rasmi.

Mereka mahu hidup seperti manusia biasa apabila bermasyarakat. Seperti yang difilemkan didalam biografi Harvey Milk gay pertama menjawat jawatan awam sebagai ahli majlis kota San Francisco itu. Walaupun beliau mati ditembak, legasi semangat beliau menjadi tunjang utama kepada keberkesanan asakan puak LGBT serata dunia.

Sebagai manusia filem juga aku melihat dari sudut hak asasi manusia beragama di negara ini yang majoritinya masih mengamal kuat pegangan keagamaan yang dituntut. Bukan semudah itu mana-mana pihak boleh mengubah dan merombak surah dan hadith yang diamalkan.

Mengapa harus menuntut kebebasan milik minoriti yang sudah tentu akan membakar kemarahan ramai yang tidak melanggan fahaman mereka itu. Adakah dengan tidak menyokong itu bermakna masyarakat majoriti yang mengamal kehidupan normal ini melanggar hak asasi manusia lain? Perlulah kita tunduk kepada tuntutan yang tidak di dokong oleh agama kita? Kekuatan umat terletak kepada kekuatan iman umat itu sendiri. Kekuatan yang kadangkalanya menjangkau budibicara yang lembut. Apabila laungan dan asakan yang semakin berani itu membingitkan telinga umat, kompromasi semakin tipis.

Apabila filem '....Anu Dalam Botol' ditayangkan pula ada yang menjebik mengatakan itu filem mempromosikan kehidupan gay walhal isi sebenar dan niat pembikinnya adalah untuk menunjukkan betapa seksanya jiwa seorang transvetite yang 'confuse' dengan kehendak dirinya. Satu pengisian cerita yang tinggi nilai naratifnya. Boleh diambil iktibar dan pengajian mengenai kehidupan kaum minoriti itu melalui filem ini kerana ianya berdasarkan kisah benar. Kerana terlalu terpesona dengan ingin membentuk insan yang lain kita ganyang.

Mungkin kita perlu mengatasi isu ini dengan lebih ilmiah dari menghukum mereka dengan kata-kata kesat. Mungkin kita perlu mendengar dan berbincang dengan mereka membuka akal dengan perkara-perkara yang dituntut oleh agama rasmi negara ini.. Menghormati agama dan umat yang menganutinya. Jika saling membawa isu ini ke arah hangat dan sensasi, percayalah ada pihak ketiga yang bertepuk tangan sambil menangguk di air keruh. Untuk menjaga hak asasi kita sebagai manusia Islam kita harus merenung isu ini dengan gembira kerana mendapat peluang mengerjakan fardhu terhadap golongan ini. Harus berkompromasi menegur dengan cara yang dituntut oleh agama. Bukan terlalu kelat sehinggakan kedatangan Elton John tidak direstui. Lagunya tiada satu pun mempromosikan sek bebas. Namun....


Taktaulah Mat! Miker duduk diam pasang keset M Daud Kilau dengor lagu Cik Mek Molek dah ler........

Saturday, October 22, 2011

Pengalaman Baru Berwajah Lama

Aku kini berada di pulau mutiara. Memilih peserta raja lawak musim ke 6. Aku sibuk dengan hal kerja aku namun aku ruangkan masa untuk ke sini dengan harapan dapat bekerja sambil bercuti dgn anak-anak aku adam dan amen. Kami bertolak agak lewat semalam kerana menghadiri makan malam bersama kenalan di ipoh. Setelah selesai kami memulakan perjalanan ke pulau pinang dalam jam 11 malam gitu.

Perjalanan agak merbahaya kerana hujan turun lenyai lebat sepangjang perjalanan di lebuhraya penuh misteri di sebelah utara ini. Kira-kira jam 12:30 kami sampai ke tol juru. Ah! Sebentar lagi aku akan sampai ke seberang prai dan melalui jambatan yang memendam seribu rahsia itu.

Aku hulurkan tiket tol dan pemuda yang mengambil tiket itu melihat aku seperti mengenali akan diri aku ini. Aku mula gusar. Selalunya pengalaman ini akan membuahkan hasil yang memalukan dimana wajah hensem dhamendra aku ini disalah cam oleh mereka akan bob lokman.

Beliau memerhati aku sambil menerima wang tol. 'ada show ke bang?'....'err ya' jawab aku gusar. 'tak rugi saya shif malam dapat jumpa artis ni!' beliau berseloroh....aku masih gusar. 'lama ke abg mat kat tanjung?'....haa aku lega. Beliau mengenali aku tidak confuse aku dengan bob lokman. At last!.....'mungkin 3 hari kut' aku jawab senyum lalu memasukkan gear ingin beredar. 'jumpa lagi!' kata-kata terakhr aku kepada sipolan yang mengenali aku.......'abg mat dah tak pakai serban dah ke?....kenapa sekejap pakai sekejap tidak?' beliau senyum iklas.

Aku meneruskan perjalanan kekemutan.

Tuesday, October 18, 2011

Banyak Sangat Filem Tahyul Ya Mat?

Ada yang merungut anak-anak mereka takut ke bilik air di malam hari. Ada yang takut masuk ke bilik jika lampu tidak dibukakan. Ada juga di kalangan anak mereka yang tidak mahu keluar rumah bermain bersama rakan sebaya takut akan gurauan yang mengingatkan mereka dengan sesuatu watak hantu yang menakutkan  Alasan yang diberikan kepada aku adalah itu semua angkara terpengaruh serta implkasi anak-anak mereka menjadi penakut kerana menonton filem-filem seram!

Apakah aku patut ketawa atau menangis apabila menerima rungutan itu? Perlukah aku termenung dua hasta panjang sambil  meratap hiba atau ketawa guling berlingkar dengan statement itu? Ke tepikan segala hukum reaksi itu. Aku perlu menebas jalan yang paling baik dengan memberi penjelasan semudah-mudahnya kepada konklusi yang mereka rumuskan. Bagaimana nak aku mula ya?

Aku rasa sejak zaman batu lagi kanak-kanak adalah golongan yang mudah takut. Mudah percaya dengan imaginasi yang lebih luas dari dunia nyata ini. Mereka ini golongan yang berdaya ingatan lebih organik dari perisian OS5 yang baru dilancarkan. Segala yang berada di hadapan mata mereka akan hidup membesar tanpa kawalan. Daya imaginasi mereka adalah sebuah kanvas yang luas penuh lakaran cakar ayam milik mereka. Takut pada hantu atau gembira main masak-masak adalah permainan di kepala mereka saban hari. Ketakutan mereka bukan baru wujud semenjak dunia perfileman diperkenalkan!

Ketakutan itu berakar sejak dari zaman batu lagi. Malangnya tiada manusia berotak zaman batu yang ujud lagi di waktu ini untuk kalian bertanya kecuali mungkin kepada dua pemuda yang sedang memerah trottle motor mereka sekuat-kuatnya di luar itu ketika aku menulis ini.

Semasa aku kecil dulu pun aku takut masuk ke bilik tak bukak lampu. Takut akan hantu, ular, monster, orang gila atau apa kata kalau tiba-tiba gempa bumi berlaku semasa aku masuk ke dalam bilik itu dan lampu tidak dipasangkan? 

Pokoknya budak akan takut pada benda yg mereka tidak faham. Lumrah budak. Siapa yang semasa kecilnya tidak takut dengan hantu? Masalahnya budak-budak takut kita mencari-cari puncanya maka jatuh lah talak pada filem-filem seram melayu.

Anak-anak juga ditakutkan dengan kisah-kisah hantu penceritaan mulut orang-orang tua berceloteh namun bukan penceritaan mulut itu yang menjadi budak itu takut. filem juga dipersalahkan. 

Mungkin ada penceritaan sesebuah filem itu janggal dimata dan hati pemerhati dunia perfileman ini dan perlu menegur atas sebab tanggungjawab dan semangat sayangkan agama dan bangsa. Maka tegurlah pada pengkhususan sesebuah karya itu. Perbetulkan mana yang silap. Permudahkan mana yang terlalu kompleks untuk dileraikan. Tidak perlu mengheret kesemua filem seram ke tali gantung untuk mempermudahkan kerja.

Siapa aku untuk berceloteh mengenai kerja filem yang lain? Atas sebab itulah aku hanya mampu untuk menerangkan bagaimana filem aku boleh dileraikan pengisian seramnya dengan semudahnya. Aku selalu larikan segala bentuk seram dari mengekang ajaran agama. Aku tidak mahu menggunakan agama sebagai penyelesaian di dalam masalah cerita seram. Nama tuhan aku terlalu besar untuk aku peragakan di dalam sesebuah filem aku!

Kesemuanya aku rumuskan bahawa seram yang berlaku di sekeliling adalah hasil dari budaya yang menyokong tahyul itu sendiri. Terlalu tahyul sehinggakan wabak di katakan zombi, orang gila dikatakan hantu dan jika ada elemen hantu di dalam filem aku itu pun hanya dipercayai oleh watak orang kampung yang kebingungan dan bomoh yang bukan beragama Islam. Juga aku persendakan jampi itu hanya pelawok yang terang-terang aku 'parody'kan

Tiada jampi serapah menggunakan nama tuhan aku dan rasul kebesaran untuk mematikan hantu. Tiada surah dimuatkan dikepala filem atau akhirannya untuk menyokong sesebuah karya aku. Siapa yang menyuruh meletakkan ayat-ayat suci itu in the first place? Apa dengan ayat itu dapat menghalalkan segala tahyul di dalamnya? Perhatikan dan hayatilah, ayat-ayat itu bukan diturunkan untuk diletak dipembukaan sesebuah filem!

Kesemuanya terletak kepada niat sesebuah filem itu dihasilkan. Jika kita berniat untuk menghibur, tiada terlintas di hati pembikin untuk mempersendakan tuhan atau menduakannya. Menkomedikan kebesaran rasul  jauh sekali! Jika ada yang tersilap sila perbetulkan. Perlu diperbetulkan. Namun harus diingat bukan niat seseorang pengkarya melayu islam kita sengaja tergamak membuat sesuatu kejutan hanya untuk melakukan filem mereka.

Kami bukan manusia maksum. Anda juga. Maka bersama-sama tolonglah kita perbetulkan mana yang silap. Tetapi bukan hanya kepada pembikin filem sahaja. Juga pada manusia yang menceritakan mampu mengangkut hantu naik bas hantar masuk ke dalam hutan. Juga pada yg mengaku boleh menyembuhkan penyakit yang dirasuk hantu dgn meminum air yg dijampi. Juga pada kumpulan-kumpulan yang mendakwa mampu membaik pulih rumah yang kononnnya dihuni oleh makhluk-makhluk halus. Juga pada penerbit-penerbit yang menerbitkan buku2 yg  penuh kisah2 alam hantu. Komik-komik mudah yang penuh seram dan fantasi itu juga perlu dipamtau.

Harus diambilkira filem-filem hantu cina yang mula melompat dari mula hingga akhir itu juga perlu dipandangharamkan. Superman terbang berlambak tahyulnya itu juga harus dipandang berat. Siri X-Men yang diketuai oleh budak yahudi yang boleh membengkokkan besi pagar itu juga perlu dibahaskan. Bukan sahaja tahyul malah memberi impak akan kebesaran zionis itu harus juga dipertimbangkan implikasinya oleh jemaah ini. Perlu tiada diamalkan sistem double-standard di dalam isu ini.

Pengkarya melayu bebas diperkecil dan dimanupulasikan karya mereka atas nama ingin membela nusa bangsa dan agama. Apabila lagu 'ali baba rock' diharamkan dari muncul di dalam filem 'alibaba bujang lapuk' atas sebab lagu rock itu berbudaya barat yg negativ di tahun 1961 dulu, kita sudah tahu karya kita ada batasnya. 

Apabila budak rock melayu berambut panjang menjengkilkan mata sesetengah pihak, rambut mereka dipotong jika tidak lagu mereka diharamkan. Sebuah lagu kumpulan blues tanahair diharamkan hanya kerana terdapat lirik jenama kereta didalamnya! Soal menghukum pengkarya kerana takut akan hasil karya mereka menyesatkan bangsa dan ugama ni sudah lama hidup. Dari sekecil detail di earmark menjadi sebab sesebuah karya itu diharamkan. Itu pada pengkarya melayu la.

Pada pembikin filem yang bukan melayu mempersendakan agama dan bangsa dimaafkan langsung atas sebab2 ........ (sila isi sendiri).

Berita Harian
18 oktober 2011

Wednesday, October 12, 2011

Lambakan Filem Seram Dan Hantu

Tun M dah bersuara. Majlis Fatwa Kebangsaan pun dah bersuara. Persatuan Penerbit Filem pun dah bersuara. Ahmad Idham pun dah bersuara.......

Dan aku pun sedang membuka ruang mencari kerja dimukasurat 3 klasifik ad di paper star. jika gagal dalam interview2 itu nanti, aku bernekad menjadi promoter rock group malaya mengabungkan lagu2 rock dengan politik. Ehee.

Friday, September 30, 2011

AKU DIA DI ISTANA BUDAYA

Malam itu namawee datang bertemu aku. Diperkarangan Istana Budaya. Aku bukan melayu bongkak dan sombong dan aku bukan melayu mudah di pujuk. Tujuh pintu yang terkatup terbuka satu. Kalau seratus kali perlu meminta maaf kamu perlu meminta maaf seratus kali juga. Seribukali pun saya boleh buat sebab sekarang saya tahu saya sudah silap. Silap cina kata sedap. Tujuh pintu terkatup dua sudah dibukanya. Ni apapasal kamu buat video kutuk utusan? Filem aku pun pernah dikutuk aku bising tapi bukan bising kasi orang marah. Kita bising pada satu orang sahaja. Bukan bising pada satu kilang! Ini malam saya kasi turun itu youtube. Tujuh pintu sudah terkatup tiga dibukanya.

Cukup sampai di sini dahulu.......

Thursday, September 29, 2011

BARU PECAH TEMBELANG

Setelah menelaah komen2 itew aku tersedar akan kesumat dan keikhlasan yang tersirat. Bahaya kalau dibiar indah kalau dipupuk. Aku seorang manusia yang gemarkan keharmonian. Aku menegur kerana itu. Aku percaya akan itu. Berapakah harga kita perlu bayar untuk memupuk perpaduan? Berapa jumlah yang harus kita top up untuk mengingatkan yang lain kita perlu menghormati bumi milik kiita ini. Dan berapa keturunan akukah harus mimpi yang bumi dipijak milik kita.

Bak kata pepatah melayu ........ One bad apple dont spoil the whole bunch world. ....Lebih kurang gitu.

Ps
Utk yg bijak pandai kita disini bermaksud rakyat negara ya. Bukan milik satu kaum anda.

Sunday, September 25, 2011

BEST JADI MELAYU NI

Ok terbaik dari semua. Berbagai latarbelakang sudah bercerita. Dan kita sudah memahami dan lebih2nya aku sudah memahami dgn sedalam-dalamnya apa yg berbuku di hati aku dan kalian.

Bukan aku irihati. Bandinglah estet dgn cerita apa pun aku tak kisah. Madu bagi setengah racun bagi yg lain. Best kalau banding estet dgn avatar lagi meriah rasanya.

Kalau lang buana hina islam kamu tenguk maknanya kamu di bawah umur utk menilai sebarang filem. Kamu bagus menilai filem pendek kelolaan kawan2 kamu saja k. Usah la nak bersuara di ruangan komen yg ramai menyuarakan pendapat yg berguna walau pun against aku. Aku bukan bodoh utk menutup telinga dan mata kata2 kalian.

Ada yg tulis u racist fuck....hehe where were you masa video tu hebat di sebarkan? Whos playing racist here my fellow malaysian?

Ramai kawan aku bangsa bukan melayu yg rapat dan aku sgt2 sayang deme kenapa? Sbb kami tak racist. Kalau kalian back up dia bagus. Dan jangan menidakkan aku back up aku dan kawan2 aku yang anti racist.

Betul. Darah cina ada dalam diri aku. Darah melayu pun ada. Tapi aku tidak memburukkan cina aku atau mengata melayu aku. Aku akan membangsatkan saper2 yang membangsatkan kaum aku.

Come on. Jom debat. Blog aku ramai yang masuk dan nuffnang menjanjikan ganjaran..

Dan yg seronoknya melayu ni, kalau kaum lain menghina duduk takut tidak bersuara sbb hey! Aku melayu terbuka dan bangsar litterate aku cool. Tapi jika melayu mula bersuara, tanah sanggup di gadai utk mempertahankan hak lain.

Hehe

Wednesday, September 21, 2011

BANGSAT PENGARAH MELAYU NI KAN MAT?

Sedari mula aku mula mengarah hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang. Segala perhal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya. Aku mahu filem dan drama melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.

Bukan aku seorang. Ramai pengarah-pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. Filem-filem Uwei Hj Shaari memperceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma dengan persoalan berat wanita melayunya. Aziz m osman juga di dlam filem terbaru Azura nya mengangkat budaya melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.

Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasilkerja mereka, aku mula gusar. Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar melayu aku di bumi melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integerasi kaum.

Bangsa melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan sipolan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang 'lebih elok dari filem melayu biasa' itu. Aku tidak irihati dengan karya beliau. Malah mereka melayu yang terlibat di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku. Di arak dan di beri penghormatan tahab menteri kerjanya itu. Kami yang terus menerus mendokong rasahormat kepada kedaulatan bangsa-bangsa dibumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.

Aku ingat lagi akan hari rakyat malaysia dikejutkan dengan video negara kuku nya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini beliau hero? Kini beliau layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?

Gusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan. Memusing cerita aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali ramai.

Adakah masyarakat kita kian lupa dengan maruah bangsa dan harapan anakcucu kita yang semakin rapuh dimakan dunia penuh pluralism ini? Adakah masyarakat kita sanggup menggadai hingga ke kain dalaman semata-mata untuk mendapat ereksi sementara tidak memperdulikan masa depan anakbangsa yang kian hanyut dikelabui mata dengan pandangan integrasi milik bangsa yang lain?

Aku dengan besar hatinya mengalukan perpaduan dengan filem aku namun bukan pujian atau sokongan yang aku dapat. Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang bermaruah terhadap bangsa aku. Dan bukan filem itu menjadi penyebab ramai yang mendekati dengan karya aku. Ianya hilang ditelan masa dan demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero pengarahnya!

Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf sipolan. Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi 'gua mau jumpa lu' berulang kali di youtube? Kalau mahu boleh la aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku baratur berjumpa menteri.

Bongkaknya entry aku kali ini adalah cermin bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang berjaya memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat mensucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.

Apa la Mat! Itu pun mau sensitip. Biarla! Masing-masing pun mau hidup ma! Dan aku mahu anak cucu aku terus hidup dengan megah bangsa bermaruah.

Saturday, September 10, 2011

ANGIN

Apabila angin bertiup hilang segala punca kemanusian dan lojik dunia.......Fark de werl!

Wednesday, August 31, 2011

bercuti di kuala sepetang


ari tu aku dan kenalan bergembira bercuti sambil bertukar-tukar fikiran di kuala sepetang.....